Friday, 24 December 2010

ZoOM In: Kembara Thailand-Kemboja 2010 part 3

 Pemandangan di salah satu sungai yang mengalir dari tasik Tonle Sap. Pada musim hujan, air sungai boleh mencecah ke tebing dan membolehkan pengangkutan feri berjalan.
 
 Beberapa kedai yang menjual barangan cenderahati Kemboja. Memang cantik barangannya namun harganya.. huhuhu..
 
 Makanan bakar menjadi menu utama di kawasan ini. Cuba teka apa yang Mei angkat tu? Tu lah KATAK PANGGANG!! hehehe
 
 Pintu masuk jambatan ke Angkor Wat
 

 Pandangan Angkor Wat dari tebing sungai yang memisahkannya dari tanah besar. Sungai ini mengelilingi kota Angkor Wat..
 

 Pintu masuk ke Angkor Wat. Ni Mie ambil dari jambatan ke Angkor Wat. Tapi tak masuk ke sana sebab harga tiket mahal sangat.. USD 20.. Korang darab la dengan RM3.20.. huhuhu
 

 Antara pintu masuk ke kota kerajaan lama Kemboja. Menampakkan ketinggian kejuruteraan dan kemahiran memahat batu yang tinggi.
 
 Kehadiran kenderaan bergajah ini menandakan terdapat kunjugan kerabat di raja atau kerajaan Kemboja di kawasan tersebut. 
 


 Tembok batu yang dijadikan tempat pendokumenan sejarah kerajaan lama Kemboja. Menceritakan kisah peperangan dan kehidupan masyarakat lama Kemboja. Juga dapat dilihat pengaruh agama Buddha yang cukup tebal dalam setiap ukiran.
 
 Mungkinkah ini menara peninjau? Entah lah..
 
Peninggalan Angkor Thom di dalam kota lama Kemboja.. Sangat tinggi mata memandang.

Semuanya menjadi tinggal sejarah. Mengingatkan kita bahawa sehebat dan setinggi manapun kedudukan kita, lambat laun akan tiba masa untuk kita kembali kepadaNya.. Lailahaillallah...

Lebah VS Lalat!

Pelajaran Hari Ini..

Kita kena jadi seperti lebah, sebab apabila lebah mencari manisan, dia akan pergi ke setiap bunga sama ada bunga itu wangi atau busuk. Tapi dia tetap akan mengambil manisan dari bunga tersebut dan akhirnya manisan dapat dikumpul dalam sarang dan jadilah MADU, yg menjadi syifak(ubat). Begitu juga kita, kita harus mencari kebaikan setiap saudara (seislam) kita supaya kebaikan akan terkumpul dalam diri kita...

Dan jangan kita jadi seperti lalat, kerana lalat akan pergi mencari ke tempat kotor dan mengumpul kuman dan kekotoran sehingga kekotoran itu melekat pd dirinya SENDIRI. begitu juga kita, kita dilarang sama sekali melihat keburukan yang ada pada saudara (seislam) kita supaya keburukan itu tidak terkumpul pada diri kita.
 
Nabi bagi tahu jangan kita lihat keburukan orang supaya hati kita suci dan bersih dari sifat hasad.. Insya Allah..
 
Ulama bagi tahu: bila kita lihat keburukan yang ada pada orang lain, maka terhentilah usaha untuk islah (baiki) diri sendiri..nauzubillah..

ZoOM In: Kembara Thailand-Kemboja 2010 part 2 (Perkampungan Islam Darul ULUM)


Salam.. Di sini pula kembara Mie semasa di Kemboja dalam kunjungan ke kawasan perkampungan orang islam di sana. Perkampungan ini dibuka pada tahun 2000 dan sehingga kini menempatkan seramai lebih kurang 60 orang pelajar dan 20 keluarga muslim. Kesemuanya datang dari seluruh pelusuk Kemboja khususnya dari Kampung Champ, sebuah negeri islam di timur Kemboja. Ketika ini adalah musim sejuk di mana angin dari teluk siam datang. Memang membeku di kala malam hari.. Amat sejuk!
Keadaan bandar di sempadan Kemboja-Thailand. Dipenuhi dengan bangunan-bangunan moden yang memuatkan kasino-kasino terkemuka dunia. Apa yang menariknya, kerajaan Kemboja hanya membenarkan rakyatnya bekerja di kasino-kasino ini tetapi tidak membenarkan rakyatnya berjudi di sini. Kerajaan negara Mie lak menhalalkan judi. Ada lesen, terus halal.. Siapa tak kenal Genting Highland, pusat judi utama negara. Takde lesen, angkat lori la.. Bijak-bijak..

Kanak-kanak yang tinggal di Darul Ulum menyambut kami dengan wajah seribu harapan. Dan harapan mereka termakbul dengan sedikit agihan gula-gula dan snek.. Alhamdulillah...
Masjid Darul Ulum. Masjid ketiga di dalam perkampungan islam Darul Ulum selepas masjid pertama hanya berdindingkan ayaman lalang dan berlantaikan tanah. Masjid kedua pula adalah masjid kayu yang hanya sebesar bilik tidur. Masjid ini didermakan oleh seorang ulama terkemuka dari negara kita, Dato' Harun Din yang juga merupakan Tim. Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS). Alhamdulillah..

Masjid kedua yang Mie sebutkan tadi. Hampir roboh dan amat daif. Kini masjid ini dijadikan tempat masyarakat berkumpul dan berbincang. Semasa kunjungan ini, sempat kami bergotong-royong membaik pulih sedikit sebanyak untuk dijadikan pusat asuhan kanak-kanak. Harga barangan pembinaan yang mahal memerlukan kos yang tinggi untuk dibaik pulih sepenuhnya.

Santapan pertama kami di Kemboja. Nasi putih berlaku sawi goreng, ikan goreng dan air asam sudah cukup untuk membuka selera Mie dan masyarakat setempat. Walaupun ringkas, sebenarnya hidangan ini sudah dianggap mewah di sini. Kesempitan hidup ditambah pula dengan harga barangan yang mahal amat memeritkan. 

Agenda makan berjemaah pula sudah menjadi adat apabila tetamu berkunjung ke sini. Walaupun hidangannya tidak seberapa, namun layanan mereka amat mesra dan ramah sekali. Senyuman di bibir sambil nasi ditambah ke pinggan tetamu membuatkan kami hanya mampu menggelengkan kepala memikirkan camne nak habiskan nasi nih..hehe

Masih lagi dalam pembinaan. Beberapa buah asrama untuk pelajar pondok Darul Ulum hasil daripada derma dan sumbangan warga Malaysia yang prihatin akan saudara seagama di Kemboja. Beberapa asrama sebelumnya sudah roboh dek kedaifan.
 Seekor lembu dikorbankan hasil kutipan untuk aqiqah dari rakyat Malaysia. Kat sini lembu murah je tapi daging yang sudah siap boleh mencecah sehingga USD 10 sekilo. Sebab tu kat sini, hidangan daging hanya sekali setahun semasa musim raya aidil adha hasil sumbangan korban dari umat islam seluruh dunia.
 
 Sebuah kedai kuih yang hanya menjual dua jenis kuih. Sangat daif sehingga tidak boleh duduk lebih dari lima orang dan hanya mempunyai sebuah dapur kayu.





Keadaan rumah dan pondok yang cukup daif. Mie rasa kat Malaysia dah takde yang tinggal di tempat begini. Reban kambing lagi cantik kalau nak dibandingkan. Namun inilah tempat tinggal mereka dalam berhadapan pelbagai cuaca dan empat musim yang menyeksakan.

 Bergambar kenangan sebelum pulang.. Semoga berjumpa lagi insya Allah..
Tut-tut. Kenderaan Mie untuk ke sempadan Kemboja-Thailand..

Begitulah sedikit catitan buat teman bagaimana keadaan umat islam di sana. Insya Allah Mie akan cerita lagi pelbagai kisah semasa berada di sana.. Insya Allah.. (^_^)..

Tuesday, 21 December 2010

ZoOM In: Kembara Thailand-Kemboja 2010 part 1

Salam.. Alhamdullillah, Mie selamat tiba setelah seminggu berada di dua negara Asean, Thailand dan Kemboja bersama dengan keluarga dan juga saudara-saudara Mie. Masih penat untuk berceloteh panjang so lets these photo's voice out.. (^_^) 
  

 Hentian pertama di Thailand. Menyajikan masakan melayu ala thai.. Mie pekena belut masak lemak.. Best tul..hehe..
 


 Stesen minyak di Thailand.. Sepanjang perjalanan, kebanyakan stesen minyak mempunyai kemudahan ATM, tandas, kedai 24jam dan juga kedai makan. Ada juga disediakan bilik-bilik kecil untuk disewa. Di sesetengahnya terdapat tempat solat dan tempat mengambil wuduk khususnya di sebelah selatan thai.. Apa yang paling menarik adalah tahap kebersihan yang cukup tinggi. Bayangkan tandas stesen minyak yang FREE pun dah setaraf dengan tandas RM 2 di Malaysia..
 
 Melalui lebuhraya bertingkat di Bangkok yang hanya mempunyai dua buah tol. Mie rasa kalau kat Malaysia, RM 30 tak cukup untuk duit tol tapi kat sini tak sampai pun RM 10.. Jalanrayanya juga lebih baik berbanding di Malaysia kerana lebih selamat dan kurang selekoh. Lebuhraya pula dari Sungai Golok ke Bangkok lansung tiada tol dan mempunyai dua lorong untuk setiap hala. Sistem yang sangat berkesan dalam menangani kemalangan maut dan boleh dicontohi oleh Malaysia.
 
 Ladang pembalakan yang mirip dengan sistem pembalakan di negara eropah. Pokok tidak ditebang di dalam hutan tetapi ditanam seperti sebuah ladang yang sangat luas. Kat Malaysia setakat ni Mie tak jumpa lagi. Bukit gondol banyak lah..huhu
 
 

 
Ni kawasan bebas cukai kat sempadan Thailand-Kemboja. Ramai rakyat Kemboja bekerja kat sini. Pelbagai barangan seperti beg tangan, baju, kasut, buah-buahan, malah senjata api pun ada.. Tapi yang paling best semuanya murah-murah je.. Bayangkan kasut kalau Mie beli kat Malaysia, harganya RM45, kat sini Mie dapat RM 24 je.. Mak Mie lak borong beg tangan sampai 5 buah, dah harganya RM50/ 3buah..huhu memang best..
 


 Ni kenderaan berat rasmi pekerja kat sana. Sangat kesian Mie tengok.. Betapa susah untuk mendapat sesuap rezeki..huhu
 


 


Masjid Terisik Di Pattani, Thailand. Antara masjid tertua di Asia Tenggara. Masih lagi digunakan sehingga kini..

Nilah sedikit sebanyak yang dapat Mie zoom in. Cerita panjang lagi, insya Allah lepas nih..

Tuesday, 14 December 2010

Fully Disember..

Salam... Pekabo teman-teman? Harapnya sihat sahaja.. Teman-teman ipg pasti masih dalam cuti yang dah merangkak ke penghujung manakala sahabat-sahabat di universiti ada yang sudah mulakan kelas. Namun, walau di mana pun, harapnya masa tidak disia-siakan. Mie Alhamdulillah, dapat rehat sekejap dua hari ni.. Cuti kali nih betul-betul penuh dengan program jemaah dan juga keluarga.

Semenjak lepas hari raya Aidil Adha baru ni, Mie mengambil peluang untuk menambah sedikit duit poket yang sudah kontang selepas elaun tak masuk-masuk lagi. Tah pe nak jadi gan ipg Mie tuh..Dah banyak yang Mie dengar cerita-cerita yang tak enak namun tak nak ambik pusing.. Kalau betul apa yang jadi, jawablah sape-sape yang terlibat tu dengan Allah nanti. Namun jika ia hanya fitnah semata-mata, menjawab juga lah yang mereka cerita tuh..

Lepas kerja dalam 11 hari, rehat sekejap kat rumah dua hari sebelum Mie berangkat ke Melaka untuk program di sana selama seminggu. Jadi seminggu jugak lah tak dapat nak update blog ni dan jugak buka fb..huhu.. dan hari ni Mie dapat sedikit masa untuk coretkan sedikit preview holiday Mie..

Esok pula Mie akan ke Kemboja bersama keluarga selama seminggu lagi.. Lepas balik dari Kemboja Mie akan turn ke Kelantan jap untuk sattle tempat program pada 28/ 12 nih.. Agak-agak dalam dua hari jugak la kat Kelantan.. Tinggal kat rumah dalam seminggu, Mie akan ke Kelantan balik sampai mula kelas pada 2/1/2011..

Huhu.. Penat jugak sebab full sangat. Pe pun, banyak pengalaman yang telah dan akan Mie perolehi. Teringat lak kat simpulan bahasa, 'Jauh perjalanan, luas pemandangan'.. Oklah, Mie nak kemas baju untuk ke Kemboja esok pula.. Doakan Mie selamat pergi dan balik insya Allah.. Salam sayang buat teman di luar sana.. (^_^)

Friday, 3 December 2010

Harga Barang Naik Lagi!

Jadual dari malaysiakini.net
Mulai jam 12 tengah malam ini, beberapa barangan iaitu Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter, diesel naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter dan gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. Petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter dua hari yang lepas. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...