Saturday, 9 October 2010

Demi Matahari by Snada.


Salam teman-teman.. Hari ni Mie nak share lagu 'demi matahari' lagu dari kumpulan Snada. Bagi Mie best lagu ni sebab liriknya membuatkan kita menghayati kebesaran Allah.. Kalau kawan-kawan nak download lagu ni, boleh klik di sini.

Kat bawah ni lirik lagu Demi Matahari.. Mudah mudahan dapat mendekatkan diri kita kepada Nya.. Amin.. (^_^)

Demi Matahari dan Sinarnya Di Pagi Hari
Demi Bulan Apabila Ia Mengiringi
Demi Siang Hari Bila Menampakkan Dirinya
Demi Malam Apabila Ia Menutupi

Demi Langit Beserta Seluruh Binaannya
Demi Bumi Serta Yang Ada Di Hamparannya
Demi Jiwa dan Seluruh Penyempurnaannya

Allah
Subhanallah Allah
Subhanallah
Allah
Subhanallah Allah
Subahanallah

Allah Mengilhamkan Sukma Kefasikan dan Ketaqwaan
Beruntung Bagi Yang Mensucikan-nya
Merugi Bagi Yang Mengotori-nya Subhanallah

Ya Allah Ya Tuhan Ku...


Ya Allah...
Jangan Engkau alihkan hati sahabat-sahabat seperjuanganku,
dari perjalanan perjuangan ini..
Hanya pada Mu aku memohon...

Ya Allah..
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui lagi maha kuasa..
Hanya padu Mu aku berserah,
hanya pada Mu aku memohon...

Ya Allah...
Perjalanan perjuangan Mu masih jauh untuk kami lalui..
Ikatlah hati-hati ini untuk terus istiqamah di jalan Mu..
Jauhkan penyakit hati dan duri-duri nafsu,
dari hati kami ini..

Ya Allah...
Jika sedikit itu baik untuk kami,
maka sikitkan lah bilangan kami...
Jika banyak itu pula baik untuk kami,
maka perbanyakkanlah bilangan kami...

Ya Allah...
Hanya pada Mu aku mengadu,
hanya pada Mu aku berserah..
Amin...

Wednesday, 6 October 2010

Majlis Tadarus Al-Qur'an IPGKB 2010..

Salam.. Dalam bulan puasa baru ni Mie berkesempatan menjadi manager untuk persiapan tempat untuk majlis tadarus peringkat IPG Mie.. Nak tengok tak camne hasilnya? Hihi..

 Inilah hasilnya. Seramai 30 peserta akan bertadarus bersama ustaz..



Gambar dari depan..

Gambar dari sisi..


 Tempat khas untuk ustaz dan VIP.
 


Alhamdulillah acara berlangsung dengan lancar. Qari-qari memperdengarkan bacaan Al-Qur'an secara beramai-ramai. Setiap seorang menghabiskan satu juzuk.

Terima Kasih kepada semua yang terlibat membantu. Semoga penat lelah adik-adik dan sahabat mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda daripada Nya.. Amin..

Tuesday, 5 October 2010

Malam Itu Dunia Ku!

Alamak dah jam 4 pagi ni. Kenapa lah mata tak nak tidur lagi ni.. Tulah tido lagi banyak-banyak siang tadi. Tapi pikir balik mana banyak pun.. Pagi je tidur kejap-kejap.. Lantaklah.. Memang spesis tak tidur malam la mu ni Fahmi..huahuahua

Semua dah tidur. Tinggal Mie sorang da.. Dok layan lagu,fb n blogs .. Tah kenapa dok layan korang sume lagi time gini..adoi..

Best-best selokar blog orang, rasa cam pelik je.. Siapa sangka, luar kulit durian, dalam isi manggis? hahaha.. Hakikat setiap orang tu mesti nak tunjuk siapa dia dari mata diri sendiri kan?

Kenapa kita nak orang tengok kita dari mata kita? Kenapa dari mata kita ye?
Sebab nak orang faham siapa kita, tol x?
Sebab kita nak orang faham kita, reti bahasa kita.. Ada yang terus terang je, ada yang pusing-pusing bahasa, ada yang cuba buat cool je..ada pulak berbahasa dengan gambar..macam-macam daa..

Kenapa lagu-lagu boleh mainkan otak kita? Dia mana ada tangan. Pulak tu komunikasi sehala je.. Lagu tu duduk melolong je.. Kita cakap pe pun dia buat dono je.. tapi kenapa mesejnya sampai kat kita ye?

Tah la labu gua pun mane la tahu..Lu pikir ler sendiri..hehe
Tapi memang best dengar lagu.. Kadang-kadang tah pape lagunya tapi kita suka. Orang cakap tak best pun kita suka jugak..Adoi pening2..

ZoOm In: Solat Hajat Kat Rumah...

Salam... Pada hari raya ke-5, family Mie ada buat solat hajat dan makan-makan sikit kat rumah Mie.. So layan...

Angkat payung!! hehe.. Ni nak masak dah ni.. Semangat ni..hehe.. Menu hari ni tomyam dan jugak daging masak merah..Sedap...

Dari kiri, Datin Sakinah (sepupu Mie), Datin Sri Esah (mak Mie) dan Datin Mrs Arif (isteri sepupu Mie).. Ha dah ada gambo mu Ngoh..hehehe

Masak jangan tak masak..hehe.. Yang berbaju pink tu mak sedara Mie dan yang sebelahnya jiran Mie.. Mak cik Leha namanya..

Ni sepupu Mie.. Bukhari namanya.. Mie panggil Kori je.. Sebaya dengan Mie..Dia ni study kat IPGIK,KL.. Budak tu pulak anak sepupu Mie. Suka benar kalau tangkap gambar. Time nangis pun terus senyap..hehehe

My parents, Cikgu Zamri dan Ustazah Esah..hehe.. Sempat lagi posing sambil rehat menghilangkan penat..

 Mok Ngoh yang buat-buat rajin..hahaha.. 


 Sedia terhidang. Hidangan makanan kepada tetamu yang hadir untuk solat hajat..


 Malam tu ramai jugak yang datang. Biasalah rumah Mie ni dekat dengan masjid. Pastu pulak dalam kampung. Jadi ramai lah yang datang.. Alhamdulillah..


Dua orang ni sepupu Mie.. Sedapnya tomyam sampai sising lengan baju..hehehe

Tulah program solat hajat kat rumah Mie semperna adik-adik Mie nak exam akhir tahun ni.. Jugak untuk kesyukuran mak Mie dapat kenaikan gred kepada DG44 tak silap Mie.. Semoga semua rezeki datang bersama rahmat dan berkat..Amin..

Monday, 4 October 2010

ZoOm In: Hari Keluarga 2010

Salam.. Pada hari raya ke-3 pulak, Mie dan keluarga sebelah ayah ada hari kelaurga kat Hutan Lipur Sekayu.. Tapi keluarga Mie datang kejap je.. Tak sempat tidur di sana sebab esok nak beraya lagi.. So layan...

Sebelum ke sekayu tu, sempat singgah kat rumah terbuka kawan ayah.. Cikgu Zali namanya.. 

Sampai je, adik-adik Mie terus turun main kayak dengan sedara-sedara yang lain..hehe

Malamnya pula ada masak BBQ.. Makan ayam + sosej je Mie malam tu..hehe

ZoOm In: Aidilfitri 2010

Salam teman-teman. Harapnya semua sihat je. Alhamdulullah Mie baru je siapkan tugasan terakhir Mie kejap tadi. Jadi insya allah Mie akan mula balik la aktif kat blog Mie ni. First nak tunjuk raya Mie tahun ni..hihi..

Beginilah waktu pagi raya pertama selepas solat sunat raya. Saudara-saudara, jiran kompem akan datang kat rumah menjamu selera..hehe

Ramai-ramai ni la adik-adik Mie + mak + mak sedara.. hehe

Yang dua orang ni suaminya sepupu Mie.. Rapat jugak la gan Mie..hehe

Ni masa kat rumah Ayah Long Mie.. Makan lontong..hehehe

Ni lah ayah long Mie.. Dia ni ex-cikgu tau.. Jangan tertipu lak dengan mengatakan dia ni tabligh.. Pakaian je.. Hatinya tetap PAS dan islam yang syumul..hehe

Ni masa melawat tok sedara Mie.. Dia ni kakak kepada datuk Mie yang meninggal akhir tahun lepas..

Yang ni pula masa melawat tok sedara sebelam nenek Mie.. Dorang ni taukeh keropok.. Memang kaya raya lah dengan hasil jual keropok ni.. Semoga rezeki yang melimpah ruah ini akan menambahkan lagi ketaqwaan kepadaNya..Amiinnn..

Ni pulak moyang Mie sebelah ayah.. Dah berapa dah umur dorang tapi alhamdulillah sihat lagi..Cuma sakit tua la sket-sket..

Begitulah raya Mie tahun ni. Ada jugak ke rumah kawan-kawan tapi tak ambil gambar..hehe.. Ok jumpa lagi.. Salam Aidil Fitri kepada semua teman-teman walaupun dah nak habis syawal dah..hehe

Tuesday, 21 September 2010

Tunggu Bernafas kembali...

Salam... Pekabo teman-teman? Harapnya semua sihat je. Mie sekarang ni kat rumah lagi, sambung SBE kat SK Bukit Tumbuh. Mie tak sempat lagi nak update blog Mie ni sejak balik cuti raya hingga hari ni sebab internet kat rumah ni agak mendukcitakan tambah pula Mie agak sibuk dengan assignment dan tugas-tugas lain.. huhu..

Oklah, nak sambung kerja balik ni. Insya allah lepas habis semua ni, Mie on balik. Take care teman-teman.. wassalam

Wednesday, 8 September 2010

Di Penghujung Madrasah Ramadhan..

Hari ini sudah masuk hari ke dua puluh sembilan puasa iaitu di penghujung bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Tinggal sehari lagi umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri. Masing-masing sibuk dengan pelbagai persiapan untuk menyambut hari yang ditunggu-tunggu setelah sebulan berpuasa. Ada yang masih sibuk menyusun kuih di atas dulang untuk dibakar, ada yang masih sibuk menggunting kain untuk dijahit, ada yang masih sibuk berasak-asak di pasaraya dan banyak lagi ragam sibuk yang dapat kita disaksikan.

"Ramadhan itu ibarat peperiksaan. Syawal itu adalah hasil peperiksaan dan 11 bulan seterusnya adalah tempoh keputusan itu diguna pakai"

Baru-baru ni Mie berpeluang menghadiri satu program muqayyam dan semasa kuliah subuh, seorang ustaz telah menitip kata-kata ini yang pada Mie cukup baik untuk kita renungkan bersama. Di dalam bulan ramadhan, kita diuji dan dilatih untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dan memperbanyakkan amalan ibadah. Kita menyahut setiap cabaran dan dugaan dalam menunaikan setiap ibadah di bulan ramadhan. Dengan berpuasa di siang hari, berterawih dan berqiamullail di malamnya malah hari-harinya dipenuhi dengan aktiviti membaca al-quran, bertadarus, bersedekah dan seumpamanya. Di akhirnya dilengkap bulan ramadhan dengan zakat fitrah bagi mereka yang berkemampuan.

Antara kita secara sedar atau tidak, semuanya mengajar kita untuk mendekatkan diri dan jiwa kita kepada sang pencipta yang maha esa. Malah di dalamnya juga segala amalan dilipat gandakan ganjarannya. Amalan sunat diberikan pahala amalan wajib dan amalan wajib pula digandakan sehingga 700 kali ganda. Disediakan pula satu malam yang dinamakan malam lailatul qadar yang mana amalan yang dilakukan pada malam tersebut lebih baik dari seribu bulan.Menunjukkan kepada kita betapa pemurahnya Allah kepada hamba yang mencari keredaanNya.

Maka sekalian kalinya dapat kita melihat berduyun-duyun umat islam berlumba-lumba melakukan amal ibadah di bulan ramadhan namun apabila tiba di penghujungnya, hanya tinggal beberapa kerat sahaja yang masih istiqamah memenuhi ruang-ruang yang ada dengan amal ibadah. Yang selebihnya sibuk dengan pelbagai persiapan untuk menyambut perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Seolah-olah sudah pasti akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian ini sedangkan ujiannya masih belum tamat.

Di bulan syawal pula masjid-masjid dan surau kembali sunyi, mati dari aktiviti-aktiviti kerohanian. Jika pada ramadhannya penuh dengan manusia yang berlumba-lumba untuk mengimarahkannya, namun apabila syawal menjelma, kembali sunyi dan sepi seperti bulan-bulan sebelumnya. Menunjukkan keputusan yang diperolehi adalah gagal, gagal dalam membentuk umat yang isitiqamah dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagaimana di bulan ramadhan.

Dan akhirnya di bulan-bulan seterusnya, kegagalan itu terus dibawa ke dalam kehidupan. Kita dapat melihat bagaimana umat islam semakin lemah dan terus hanyut dengan penyakit yang disebut oleh rasulullah di dalam hadisnya iaitu cintakan dunia, takutkan kematian. Masing-masing terus hidup dalam kesempitan akal untuk berfikir dan menjalani kehidupan berlandaskan syariat yang telah termaktub dalam Al-Qur'an dan sunnah rasulullah. 

Budaya tamak, memfitnah, menghasut, berbohong, menipu dalam kalangan pemimpin masyarakat semakin menjadi-jadi demi kelangsungan politik perkauman yang jelas dan terang diwarisi dari masyarakat jahiliah. Penyakit masyarakat pula semakin membarah dengan kes-kes gejala sosial dan jenayah berleluasa tanpa dapat dikawal. Kehidupan seharian dipalit noda dan dosa dek kerana ceteknya ilmu dan pengetahuan agama sehinggakan yang haram dihalalkan dan yang halal diharamkan.

Justeru itu, marilah kita sama-sama merenung kembali ramadhan kita pada kali ini. Adakah ujian ini sudah cukup untuk membawa keputusan yang cemerlang yang akan merubah keadaan umat islam hari atau sebaliknya. Gunakanlah sedikit ruang yang ada disaat ini untuk kita terus memperbaiki diri, jiwa dan akal fikiran kita sebagai persiapan untuk menghadapi 11 bulan yang mendatang kelak. Sekian, Wassalam..

Wednesday, 1 September 2010

Iftar MT (1) 2010 Yang Best!

Salam.. Semalam (31 Ogos) Mie ada iftar kelas Mie kat IPG Mie je.. Bajet takde la katakan..hukhukhuk.. Tapi still best.. Jom layan.. (^_^)

Ni la menu hari ni.. Ikan siakap masak 3rasa Cikgu Shida, tomyam Cikgu Nani, ayam goreng berempah Cikgu Fatimah dan kangkung goreng Cikgu Shidi.. Memang layan sampai Mie .. Huhu naya..

Yang ni lak juadah pembuka selera.. Sebelum makan nasi, makan popia Cikgu Aizat dan puding Cikgu Shae dan Cikgu Afifah dulu. Dah solat maghrib, baru makan nasi..

Ni la tuan empunya puding tadi.. hehe

Lepas solat sunat terawih, layan pulak bakar sate Cikgu Afizi.. hehe.. Boleh la nanti buat tempahan raya..Huahuahua

Ni la dia perasmi sate Cikgu Afizi..hehe.. Kuah sate tu Cikgu Shida yang buat.. Kuah sate Johor tu..hikhik

Oklah, ni je yang sempat Mie snap dengan kamera handphone Mie.. Semoga kawan-kawan semua terus kuat dalam mengerjakan ibadah puasa dan mendapat keberkatan Ilahi.. Amin (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...