Assalam.. Pekabo teman-teman? harapnya sihat sahaja.. Hu dah lama tak berkesempatan dan diberi kekuatan olehNya untuk mengetuk papan kekunci laptop untuk mencoret sedikit nurkilan kat blog nih. Asyik 'copy and paste' je..huhu..
Namun hidup takkan berlalu begitu sahaja. Setiap waktu segalanya dirakam oleh memori dan malaikat di kiri kanan kita. Dan hari-hari ku sentiasa dirakam kemas oleh sang memori, dianalisa oleh sang akal kurniaan ilahi untuk mencari nilai, norma, pengalaman dan pengetahuan untuk dijadikan tauladan dan sempadan dalam hidup.
Bermula dengan suasana kepanasan politik tanah air kini, dengan pelbagai isu yang bukan saja mencabar pemikiran malah setiap tunas-tunas rasa dan emosi. Bermula dengan isu perhimpunan yang diharamkan parti pemerintah, BERSIH yang sehingga kini masih lagi membara hangat membakar semangat perjuangan yang masih tidak selesai. Keegoan dan kesombongan parti pemerintah, kepasakan tekad penganjur dan penyokong, kerakusan dan kekejaman polis, rintihan untuk keadilan mangsa, menyerlahkan kepada fana, apakah intipati dan intisari setiap watak dan pemuka.
Medan media pula bagai babak perang yang tak kesudahan. Di mana yang terus menyerang kekorupan dan kekejaman kuda-kuda yang mengganas tempoh hari, dan di sebelah sana lagi, sedang menunding jari kerana segalanya adalah silap si mangsa yang tidak mengendahkan ancaman dan ugutan si pemangsa, sehinggakan membutakan segala kekejaman yang berbaris menonjolkan diri di hadapan mata. HILANG segala prihatin, kesian, rasa cinta, sayang, simpati.
Apakah ini tandanya HATI ITU SUDAH MATI?? PINTU HIDAYAH TELAH TERTUTUP?? @ dek keegoan dan lekanya dalam nikmat kesenangan dan kedamaian yang dikurniakan oleh YANG MAHA ESA?
Tidak mampu ku jawab dan ku fikirkan. Masing-masing sedang membutakan mata, memekakkan telinga, membatukan tubuh! Namun aku tidak terasa hairan lagi, jika penderitaan SAUDARA SEAGAMA DI PALESTIN boleh didiamkan, usah kata jika kekejaman itu tertimpa ke atas pihak yang dibenci. BILA MANA DAN SELAMA MANA EMOSI MENJADI PERDANA MENTERI DAN AKAL ADALAH MENTERINYA, takkan ke mana umat ini~~
No comments:
Post a Comment