Assalamualaikum.. Hari ni Mie nak share analisa Syeikh Yusuf al-Qardhawy yang bertujuan membimbing dan menasihat gerakan kebangkitan yang bersifat remaja ini ke arah kedewasaan yang sepenuhnya. Dalam bimbingannya ini, al-Qardhawy telah menggariskan sepuluh titik (point) peralihan utama, iaitu :
1) BERALIH DARIPADA FORMAT DAN SIMBOL KEPADA HAKIKAT DAN KANDUNGAN
Pada zahirnya kelihatan gerakan kebangkitan Islam hanya menumpukan perhatian kepada perkara perkara yang mencorakkan simbol dan meninggalkan isi kandungannya yang jauh lebih penting. Umpamanya, seseorang yang selalu membesar-besarkan kedudukan jari telunjuk di dalam bacaan tasyahud solat,tetapi pada waktu yang sama meninggalkan perbincangan tentang sebab, tujuan dan kepentingan tuntutan solat itu sendiri secara keseluruhannya.
2) BERALIH DARIPADA PERDEBATAN KEPADA PERBUATAN
Sebahagian gerakan Islam gemar membakar tenaga mengungkit kesalahan dan kelemahan gerakan yang lain. Pada waktu yang sama, gerakan itu sendiri tidak berbuat apa-apa atau memberikan alternatif cadangan yang bermanfaat secara menyeluruh kepada Islam dan umatnya. Sikap begini perlu berubah. Tenaga dan masa seharusnya dibakar demi apa-apa kelemahan atau kesalahan gerakan lain seharusnya dibetulkan secara positif. Tidak dinafikan golongan yang suka berdebat ini hanya lahir dari gerakan muda ataupun terseleweng dari asalnya. Bilamana perdebatan ini tidak didasari dengan kewaspadaan dan sikap tolak ansur, maka ia akan berakibat buruk.
3) BERALIH DARIPADA SIKAP EMOSIONAL KEPADA SIKAP ILMIAH
Kerana semangat yang berlandaskan emosi tanpa kematangan yang berlandaskan ilmu, didapati sebahagian gerakan Islam lebih cenderung mengkritik, melabel dan menghukum sesama umat Islam tanpa berlandaskan ilmu yang sebenar. Bahkan dalam tindakan itu sendiri jelas terserlah sifat-sifat kejahilan yang keamatan. Sikap sebegini perlu berubah, seharusnya semangat itu didirikan di atas ilmu dan aqidah atau sekurang-kurangnya selari dengan tahap ilmu. Juga sebahagian pemuda yang bersemangat yang masih cetek ilmunya tampil lantang mengkritik tanpa adab golongan terdahulu secara zalim. Juga tindakan sebahagian gerakan Islam yang kerjanya mencari kesalahan orang dan mengkritik tidak kira masa. Adapun proses taghyir Islami itu tidak diperhatikan, sedang masyarakat alpa dan bosan dengan pertelingkahan ini.
4) BERALIH DARIPADA SIKAP MENUMPUKAN PERHATIAN DALAM MASALAH CABANG KEPADA MASALAH POKOK
Seringkali gerakan Islam menumpukan perhatian hanya kepada masalah cabang,seperti membaca Basmalah dengan kuat atau perlahan di dalam solat berjemaah, tetapi pada waktu yang sama meninggalkan masalah pokok, seperti orang yang tidak bersolat jamaah langsung. Seharusnya gerakan Islam memberi tumpuan yang mendalam kepada masalah pokok dan bersikap toleran dalam masalah cabang. Apa guna mengukuhkan cabang jika pokoknya sendiri amat lemah? Apalah gunanya mengekalkan pendapat dan memaksa orang mengikuti satu pendapat dalam masalah furu’ dan andai ini menjadi sebab larinya manusia dari Islam maka itu akan merugikan dari segi taghyir Islami yang menyeluruh. Perkuatkan tunjang Islam itu, bersatu di atas persamaan.
5) BERALIH DARIPADA SIKAP MENYULITKAN KEPADA SIKAP MEMUDAHKAN
Islam adalah agama yang sentiasa berciri-cirikan kemudahan. Akan tetapi sayang sekali sebahagian gerakan Islam memiliki ciri-ciri menyulitkan sehingga menyebabkan banyak orang menjauhi Islam, umpama mereka ada yang memaksa seseorang yang baru hendak memeluk Islam dengan amalan bersunat/berkhatan, padahal amalan ini bukanlah sepatutnya agenda pertama dalam dakwah kepada kaum bukan Islam. Dalam gerakan Islam sikap ini ternyata begitu penting. Penarikan rijal ke dalam saf perlu mengambil kira semua aspek masyarakat.
6) BERALIH DARIPADA SIKAP JUMUD DAN TAQLID KEPADA SIKAP IJTIHAD DAN PEMBAHARUAN
Di antara gerakan Islam masih ada yang berpendapat bahawa pintu-pintu ijtihad telah ditutup dan pembaharuan hukum Islam adalah tidak perlu. Mereka memaksa umat Islam untuk bertaqlid kepada mazhab-mazhab tertentu sahaja dan apa-apa perkembangan terbaru dalam tamadun manusia adalah suatu yang harus dikesampingkan dan ditinggalkan kerana ia kononnya tidak dirangkumi oleh syariat Islam. Sikap negatif seperti ini perlu diubah, pertama kerana para Imam Mazhab sendiri bertegas tidak memaksa umat Islam untuk bertaqlid kepada mazhab mereka dan kedua, para Imam Mazhab sendiri berubah-ubah fatwa mereka selari dengan peredaran zaman dan tamadun semasa kehidupan mereka sendiri.
Di antara gerakan Islam masih ada yang berpendapat bahawa pintu-pintu ijtihad telah ditutup dan pembaharuan hukum Islam adalah tidak perlu. Mereka memaksa umat Islam untuk bertaqlid kepada mazhab-mazhab tertentu sahaja dan apa-apa perkembangan terbaru dalam tamadun manusia adalah suatu yang harus dikesampingkan dan ditinggalkan kerana ia kononnya tidak dirangkumi oleh syariat Islam. Sikap negatif seperti ini perlu diubah, pertama kerana para Imam Mazhab sendiri bertegas tidak memaksa umat Islam untuk bertaqlid kepada mazhab mereka dan kedua, para Imam Mazhab sendiri berubah-ubah fatwa mereka selari dengan peredaran zaman dan tamadun semasa kehidupan mereka sendiri.
7) BERALIH DARIPADA SIKAP EKSKLUSIF KEPADA SIKAP INKLUSIF
Eksklusif ialah sikap sukakan publisiti atau sikap mengunggulkan diri sendiri dan menyisih serta memperlekeh orang lain manakala inklusif ialah sikap merendah diri sendiri agar sama rata mencakupi semua orang. Malang sekali sikap eksklusif, yang mirip kepada sifat Iblis yang enggan bersujud kepada Adam A.S telah menjadi ciri-ciri sebahagian gerakan Islam. Masing-masing mengunggulkan gerakan sendiri sehingga akhirnya menjadilah gerakan Islam sesuatu yang berpisah-pisah. Seharusnya sikap eksklusif ini dikikis dan diterapkan sikap inklusif yang bercirikan jamaah dan kerjasama win-win. Namun perlu difahami inklusif yang dimaksudkan disini tidak bermakna fasa dakwah dimasa berbahaya kepada dakwah itu sendiri. Terdapat banyak masa dimana gerakan Islam terdedah kepada banyak bahaya daripada pihak musuh atau ancaman, maka itu adalah persoalan lain.
8) BERALIH DARIPADA SIKAP BERLEBIH-LEBIHAN KEPADA SIKAP BERSEDERHANA
Islam agama pertengahan, apa yang berpisah daripada pertengahan ini disebut sebagai berlebihan (ghuluw). Agama pertengahan ini tidak condong kepada sikap remeh dan tidak juga condong kepada sikap fanatik. Sayang sekali ada di antara gerakan Islam yang condong ke arah meremehkan syariat Islam sepertimana aliran liberalisme.
Ada juga yang condong ke arah berlebihan seperti aliran fanatisme. Yang benar gerakan Islam berada di antara kedua-duanya kerana inilah jalan yang lurus dalam menghasilkan kejayaan sebenar.
9) BERALIH DARI SIKAP BERKERAS KEPADA SIKAP BERHIKMAH
Sebahagian gerakan Islam, kerana sikap putus asa mereka beralih daripada manhaj dakwah dengan hikmah kepada manhaj kekerasan dengan senjata. Mereka membunuh jiwa dan melakukan kerosakan harta benda yang akhirnya hanya akan menggagalkan secara keseluruhan usaha kebangkitan Islam. Seharusnya gerakan Islam memiliki sifat sabar dan bertahap-tahap. Tidak boleh menanam benih di pagi hari dan mengharapkan buahnya di petang hari.
10) BERALIH DARIPADA PERTELINGKAHAN KEPADA PERSATUAN
Antara faktor utama yang menghalang kejayaan gerakan Islam mutakhir ini ialah pertelingkahan sesama gerakan atas hal-hal khilaf dan dzanni (hokum yang samar-samar). Padahal syariat Islam mewajibkan umatnya sesuatu yang disebaliknya, iaitu bersatu dan jangan berpecah. Selagi gerakan Islam berpecah dan bertelingkah, selagi itulah kejayaan menjauhi umat ini.
Antara faktor utama yang menghalang kejayaan gerakan Islam mutakhir ini ialah pertelingkahan sesama gerakan atas hal-hal khilaf dan dzanni (hokum yang samar-samar). Padahal syariat Islam mewajibkan umatnya sesuatu yang disebaliknya, iaitu bersatu dan jangan berpecah. Selagi gerakan Islam berpecah dan bertelingkah, selagi itulah kejayaan menjauhi umat ini.
PENUTUP
Gerakan kebangkitan Islam di Malaysia juga berada di tahap keremajaan dan sangat-sangat memerlukan bimbingan segera untuk mencapai tahap dewasa secepat yang mampu agar segala misi perjuangan mereka dapat membuahkan hasil sebaik mungkin. Cubalah adaptasikan 10 titik perubahan di atas dalam konteks kecilan pula seperti gerakan mahasiswa Islam, lantaran matlamat dasar dan halatuju pergerakan kita adalah sama.
Wallahu alam.
Tajuk asal kitab : Kebangkitan Gerakan Islam ; Dari Masa Keremajaan Menuju Kematangan ( As-Sahwah al-Islamiyah minal-Murahiqah ilar-Rusyd, Dr. Yusuf al-Qaradhawy)