Monday, 21 September 2009

Ramadhan 2009

Salam.. Pekabo kawan-kawan.. Harap-harap sihat je.. Aku pun shat je walaupun sakit tekak sket-slet.. Dah lama aku tak up date blog.. Yela, sibuk sangat dengan tugasan yang perlu disiapkan sebelum balik raya ni.. Tapi last-last xleh hantar jugak, pejabat tutup awal.. Adoi.. Tambah lak internet kat asrama cam tahik ayam! Sume benda nak blok. Sampai nak bukak blog pun kene jugak.. Ni sebab KPM bodoh nak mampus la ni.. Geram tol!!
Dalam meniti madrasah ( aku dapat dari khatib jumaat kat kampung aku) ramadan tahun ni, mungkin aku telah gagal. Yup, telah gagal.. Sebab aku rasa, banyak perkara yang masih perlu aku perbetulkan khususnya diri aku sendiri.
Kalau tengok dalam konteks fizikal, mungkin boleh la.. Tapi dari segi hati, sikap dan nafsu, aku masih perlukan perhatian yang penuh. Sikap marah, degil, kurang sabar, fikir negatif dan prasangka.. Memang aku perlu buang jauh-jauh.. Tapi tak tahu la camne.. Tapi zikir dan istirfar memang berkesan bila sume ni datang..
Cume sekarang ni aku dalam perang untuk kawal nafsu aku.. Bukan nafsu makan atau pe pe tp sume nafsu.. Tah camne aku nak kawal nafsu ni.. Aku sekarang ni hanya mampu untuk membenci nafsu ni.. Sebab aku masih xde kekuatan untuk buang ia jauh-jauh.. Kawan-kawan, doa'kn aku..
Ramadan juga banyak mengajar aku.. Yang paling utama, bagaimana aku nak kenal diri sendiri.. Masih banyak yang ada pada diri aku, aku sendiri tak faham.. Tapi insya allah, masa akan menjadi penentu untuk mematangkan aku dalam hadapi hidup ni.. Lebih-lebih lagi yang melibatkan hati.. Suatu hakikat, aku tak tahu camne nak luahkan isi hati aku.. Lebih-lebih dengan orang yang paling aku sayangi dan orang-orang di sekeliling aku.. Bukan niat nak menipu, berbohong tapi kadang-kala, apa yang keluar dari mulut aku, hanya untuk menyedapkan hati orang lain.. Kerana aku tidak mahu lagi konflik dengan sesiapa pun.. Tapi ini seolah-olah aku sedang memakan hati ku sendiri.. Aku keliru.. Antara hakikat realiti dan haluan yang dituntut semua pihak..
Pe pn, ramadan banyak mengajar aku.. Dan aku berharap, aku akan bertemu lagi dengan Ramadan akan datang.. Salam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...