Monday, 28 September 2009

Jalan-jalan Raya Rumah Kawan-Kawan

Salam.. Ni gambar time aku beraya rumah kawan-kawan.. Tapi tak semua la aku letak kat sini sebab tak ambik..hehe..


Binun goreng Aina la ni..



Ni lak masa beraya kat rumah Hamzi (kawan baru)





Ni masa beraya kat rumah Cikgu Azlina.. Dah lama tak jumpa cikgu.. huhu


Ni masa beraya kat rumah Dayah..



Yang ni lak time beraya rumah cikgu Zul..





Family Raya 09

Salam.. Ni gambar family aku time hari raya baru ni...

Jalan yang jem membuatkan aku lebih suka naik motor!!!




Ni masa pergi raya rumah Tok Su Joh dan Pok Su Long






Ni lak time raya rumah Cek De Losong




Ni lak raya rumah Ayah Long Nedi



Ni kat rumah aku..




Dari kanan : Nuha, Tok , Aku





Dari kanan : Mama, Ayah Long, Nuha, Mak , Ayah







1 Family....







Sunday, 27 September 2009

Reunion SPM 06 SMKATJ 09






Salam... Pekabo kawan-kawan? Harap-harap sihat je dengan mood raya yang masih membara.. Hihihi.. Pada raya ke-4, baru ni, kawan-kawan sekolah aku buat reunion kat Pantai Teluk Ketapang. Ramai jugak la datang. Program ni dikelola oleh ex-headboy sekolah aku, Muntakim.




Lepas dia beri ucapan sket, start program makan-makan yang dibawak masing-masing. Aku lak bz dok ambik gambar kawan-kawan..Hehehe.. Lama tak jumpa kawan-kawan tapi tak berubah sangat.. Bese la baru dalam tiga tahun tak jumpa.. Insya allah tahun hadapan akan buat lagi..

Thursday, 24 September 2009

Kerna Sayang...... Aku amat Keliru

Yup, kerna sayang aku rela dilukai...
Yup, kerna sayang aku rela dikorbani...
Yup, kerna sayang aku rela segalanya...

Tapi kenapa aku perlu dilukai, dikorbani dan dibuat sesuka hati kerna sayang?
Kenapa?

Kerna aku sayang...



Hmmmmmmmmmmmmmm.... Aku amat keliru sekarang... Kenapa perlu begini? Aku cuba menjadi teman, sahabat, jika itu yang aku mampu.. Tapi mengapa untuk ini juga aku dihalang? Mengapa tidak dimengerti hatiku? Perasaanku?

Salahkah aku?
Salahkah aku bila aku cuba jadi seorang teman?
Sehingga aku dianggap duri yang cukup menyusahkan?
Dimana janji kita untuk bersahabat selamanya?
Aku tak mengerti......

Teman...
Jika kehadiran aku meresahkanmu...
Jika kehadiran aku memeningkanmu...
Maafkan aku...

Mungkin aku patut pergi dari hidup mu...
Agar dikau bahagia, dengan teman-teman mu di sana..

Hatiku cukup terhiris, dengan tusukan mu ini..
Bagaimana seorang teman yang mengaku sebagai sahabat baiknya sanggup membisu dengan temannya tetapi berlapang dengan teman-teman yang lain?
Bagaimana seorang teman yang mengaku sebagai sahabat baiknya sanggup mengatakan ia tidak penting dan temannya menyibuk akan hal peribadinya sedangkan sedia berlapang dengan teman-teman yang lain?

Aku keliru dengan permainan ini...
Yang pasti aku amat sakit dengan tusukan ini..
Belum pernah ku rasa seperit ini..

Mengapa temanku?
Mengapa sahabatku?

Adakah kerana aku pernah berada di hati mu?
Adakah kerana aku cintakan mu?
Atau adakah kerana dikau membenciku?

Aku amat keliru..

Wednesday, 23 September 2009

AidilFitri 1430h

Salam... Pekabo kawan-kawan? Harap2 sihat je.. Masuk hari ni dah 4 hari kita menyambut syawal, aidilfitri.. Tapi sebab dah beso ni, aku xdapat da duit raye.. Waaaaaaaa!!!!!!!!!! Ingat mase kecik-kecik dulu, lepas abis je sembahyang sunat raya, terus round kampung, kutip duit raya.. hehehe
Raya tahun agak kurang meriah sebab orang tak ramai datang beraya rumah aku.. Tapi aku lak leh g jalan-jalan sket.. hihi.. Dalam 4 hari ni, aku dah g raya rumah cek de, ayoh long nedi, mama, ayoh ngoh, tok su joh, tok de losong, mok ngoh, tokki, tok de leh, dan rumah kawan-kawan cam dayah halim, ilman, izan, solehah, rostam, shima, azie dan rumah cikgu zul. Tak banyak rumah kawan-kawan yang aku g.. Insya allah rumah umar, ani, pok ya, bo aku nak g esok.. Hehehe
Pagi tadi aku g reunion budak-budak spm smkatj beach aku. Seronok boleh jumpa kawan-kawan lama.. Makan-makan, tukar no hp, ambil gambar dan sembang-sembang sket.. Yang tak kenal sebelum ni, aku dapat kenal.. Lepas tu g rumah solehah, cgu zul, rostam, azie dan rumah shima. G rumah shima sebab umar la, nak jumpe 'ehem-ehem' ye.. Nak selesai problem la, pe la.. Last-last aku jugak kene tolong.. hihi.. Tapi xpela.. Kawan kene tolong kawan kan?
Ok lah, take care.. Salam

Monday, 21 September 2009

Ramadhan 2009

Salam.. Pekabo kawan-kawan.. Harap-harap sihat je.. Aku pun shat je walaupun sakit tekak sket-slet.. Dah lama aku tak up date blog.. Yela, sibuk sangat dengan tugasan yang perlu disiapkan sebelum balik raya ni.. Tapi last-last xleh hantar jugak, pejabat tutup awal.. Adoi.. Tambah lak internet kat asrama cam tahik ayam! Sume benda nak blok. Sampai nak bukak blog pun kene jugak.. Ni sebab KPM bodoh nak mampus la ni.. Geram tol!!
Dalam meniti madrasah ( aku dapat dari khatib jumaat kat kampung aku) ramadan tahun ni, mungkin aku telah gagal. Yup, telah gagal.. Sebab aku rasa, banyak perkara yang masih perlu aku perbetulkan khususnya diri aku sendiri.
Kalau tengok dalam konteks fizikal, mungkin boleh la.. Tapi dari segi hati, sikap dan nafsu, aku masih perlukan perhatian yang penuh. Sikap marah, degil, kurang sabar, fikir negatif dan prasangka.. Memang aku perlu buang jauh-jauh.. Tapi tak tahu la camne.. Tapi zikir dan istirfar memang berkesan bila sume ni datang..
Cume sekarang ni aku dalam perang untuk kawal nafsu aku.. Bukan nafsu makan atau pe pe tp sume nafsu.. Tah camne aku nak kawal nafsu ni.. Aku sekarang ni hanya mampu untuk membenci nafsu ni.. Sebab aku masih xde kekuatan untuk buang ia jauh-jauh.. Kawan-kawan, doa'kn aku..
Ramadan juga banyak mengajar aku.. Yang paling utama, bagaimana aku nak kenal diri sendiri.. Masih banyak yang ada pada diri aku, aku sendiri tak faham.. Tapi insya allah, masa akan menjadi penentu untuk mematangkan aku dalam hadapi hidup ni.. Lebih-lebih lagi yang melibatkan hati.. Suatu hakikat, aku tak tahu camne nak luahkan isi hati aku.. Lebih-lebih dengan orang yang paling aku sayangi dan orang-orang di sekeliling aku.. Bukan niat nak menipu, berbohong tapi kadang-kala, apa yang keluar dari mulut aku, hanya untuk menyedapkan hati orang lain.. Kerana aku tidak mahu lagi konflik dengan sesiapa pun.. Tapi ini seolah-olah aku sedang memakan hati ku sendiri.. Aku keliru.. Antara hakikat realiti dan haluan yang dituntut semua pihak..
Pe pn, ramadan banyak mengajar aku.. Dan aku berharap, aku akan bertemu lagi dengan Ramadan akan datang.. Salam

Tuesday, 1 September 2009

Salam Merdeka!!!


Salam Hari Merdeka!!!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...