"Geng Surau Macam Mat Rempit! Sebijik!"

" Tengoklah, datang dengan motor, parking depan kedai, pastu duduk kat hujung skali. Bila nak order pesanan, kerenah macam orang tak sekolah. Kopiah atas kepada, di tangan masing-masing berkepul-kepul asap rokok. Nak bayar pulak, panggil orang ke meja. Tak nampak ke dah tulis nih bayar di kaunter?" bebelnya lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Satu situasi yang Mie dapat ambil iktibar semasa Mie bekerja di kedai makan saudara Mie di waktu cuti ni. Di mana akhlak seseorang atau kolompok yang mengaku membawa islam akan sentiasa dipandang dan diberi perhatian oleh masyarakat. Pandangan masyarakat akan terhasil sama ada berbentuk positif atau negatif. Namun semuanya di tangan kita sama ada apa yang kita pamerkan itu akan menjadi butiran mutiara untuk keindahan islam atau fitnah yang menjauhkan umat manusia dari islam.
Sama-sama kita renungkan..
Sama-sama kita renungkan..
No comments:
Post a Comment