Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Wednesday, 20 July 2011

- - Aku Takut Hati Ku Mati - -

Assalam.. Pekabo teman-teman? harapnya sihat sahaja.. Hu dah lama tak berkesempatan dan diberi kekuatan olehNya untuk mengetuk papan kekunci laptop untuk mencoret sedikit nurkilan kat blog nih. Asyik 'copy and paste' je..huhu..

Namun hidup takkan berlalu begitu sahaja. Setiap waktu segalanya dirakam oleh memori dan malaikat di kiri kanan kita. Dan hari-hari ku sentiasa dirakam kemas oleh sang memori, dianalisa oleh sang akal kurniaan ilahi untuk mencari nilai, norma, pengalaman dan pengetahuan untuk dijadikan tauladan dan sempadan dalam hidup.

Bermula dengan suasana kepanasan politik tanah air kini, dengan pelbagai isu yang bukan saja mencabar pemikiran malah setiap tunas-tunas rasa dan emosi. Bermula dengan isu perhimpunan yang diharamkan parti pemerintah, BERSIH yang sehingga kini masih lagi membara hangat membakar semangat perjuangan yang masih tidak selesai. Keegoan dan kesombongan parti pemerintah, kepasakan tekad penganjur dan penyokong, kerakusan dan kekejaman polis, rintihan untuk keadilan mangsa, menyerlahkan kepada fana, apakah intipati dan intisari setiap watak dan pemuka.

Medan media pula bagai babak perang yang tak kesudahan. Di mana yang terus menyerang kekorupan dan kekejaman kuda-kuda yang mengganas tempoh hari, dan di sebelah sana lagi, sedang menunding jari kerana segalanya adalah silap si mangsa yang tidak mengendahkan ancaman dan ugutan si pemangsa, sehinggakan membutakan segala kekejaman yang berbaris menonjolkan diri di hadapan mata. HILANG segala prihatin, kesian, rasa cinta, sayang, simpati. 

Apakah ini tandanya HATI ITU SUDAH MATI?? PINTU HIDAYAH TELAH TERTUTUP?? @ dek keegoan dan lekanya dalam nikmat kesenangan dan kedamaian yang dikurniakan oleh YANG MAHA ESA?

Tidak mampu ku jawab dan ku fikirkan. Masing-masing sedang membutakan mata, memekakkan telinga, membatukan tubuh! Namun aku tidak terasa hairan lagi, jika penderitaan SAUDARA SEAGAMA DI PALESTIN boleh didiamkan, usah kata jika kekejaman itu tertimpa ke atas pihak yang dibenci. BILA MANA DAN SELAMA MANA EMOSI MENJADI PERDANA MENTERI DAN AKAL ADALAH MENTERINYA, takkan  ke mana umat ini~~

Tuesday, 10 May 2011

Harga Gula Naik Lagi!!!

Baru je dapat 'nikmat' harga minyak RON 97 naik, ni pulak harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei). Alasan langkah ni diambil adalah untuk penyelarasan subsidi yang akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.
 
Bila dah naik naik tu, mula lah membandingkan harga runcit di Malaysia masih murah berbanding negara jiran lain.. Nilah apa punye sengek la pemimpin hari ni. 
 
Ni nak bagitahu sikit! BETUL harga di negara jiran lebih mahal tapi kerajaan dorang tak cari makan dengan cukai lain.. Di Thailand contohnya, jalanraya FREE je dari Sungai Golok sampai ke sempadan Kemboja. Ada tol kat Bangkok je, tu pun untuk jalan bertingkat. Jalan biasa FREE je... Tambah lak insuran kenderaan amat murah beb! Bayangkan, Mie ke Thailang hari tu, RM80 je setahun. Kereta lak bukan Produa Kancil, Toyota Inova la... Kalau kat Malaysia, RM4k la jawabnya... Tak caya? pergi la sendiri...
 
Pe pun, time kasih pak menteri. Slogan anda amat bermakna, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Trimas jugak kat pengundi pak menteri nih.. Kita kira kat akhirat ye! Undi anda sudah menzalimi kami. MEKASIH!!!

Tuesday, 3 May 2011

Osama Dead?


Assalam.. Ni Mie dapat dari sorang kawan.. Betul @ salah.. Allah yang Maha Mengetahui..

Friday, 22 April 2011

Agenda-Agenda Sekuralis Menentang Kebangkitan Islam.

Pandangan hidup yang mempersetankan (mengkesampingkan) agama dan menganggap agama sebagai suatu halangan ke arah mencapai tahap kemodenan dan kemajuan madani memang wujud dalam masyarakat moden sekarang. Walhal menurut para pengkaji sejarah, bangsa primitif sekalipun yang telah membina berpuluh-puluh tamadun purba rata-rata menjadikan agama sebagai asas tamadun mereka. 

Malangnya dewasa ini masih terdapat ‘spesis’ manusia zaman moden yang melihat agama sebagai beban dan tidak relevan dengan kehidupan manusia. Mereka melihat agama sebagai sumber perpecahan dan pertentangan. Kehidupan ini menurut mereka tidak ada kaitannya dengan Tuhan dan Tuhan tidak boleh dibabitkan dalam kehidupan manusia samada untuk mengatur negara, kepimpinan politik dan pengagihan kekayaan atau pelaksanaan undang-undang. Pembabitan Tuhan hanya akan menyusahkan manusia. Dalam politik, Tuhan tidak ada. Kalau adapun Tuhan harus dihalang dari terlibat atau masuk campur dalam urusan kenegaraan manusia. 
 

Nilai-nilai halal haram, baik buruk Tuhan hanya membawa musibah dan pergaduhan kaum. Nilai-nilai itu adalah nilai kuno dan kolot. Manusia mesti mengharamkan Tuhan dari terlibat atau dilibatkan. Tuhan bukan soal pokok, yang penting ialah perpaduan, kesejahteraan ekonomi, kesenangan hidup dan lain-lain. Tuhan perlu dihalang dari menguasai mana-mana bidang hidup kecuali dalam hubungan ibadat
khusus yang terhad.  

Sebenarnya fahaman sekularisme menganjurkan agar umat Islam berpegang kepada suatu prinsip dan nilai baru yang berasaskan skeptisisme terhadap semua bentuk pengetahuan objektif. Skeptisisme atau keraguan terhadap kebenaran juga merupakan asas yang mencorakkan budaya dan pemikiran golongan sekularis. Akibat langsung dari minda skeptik ini, sekularis melihat agama bersama kitabnya tidak lebih dari suatu bentuk naratif besar (grand-narrative) yang tandus sifat kekudusannya dan dapat dipersendakan dalam permainan bahasa dan imaginasi kreatif yang mencampuradukkan realiti dan fantasi. Persoalan kebenaran dan kebolehan untuk bersikap objektif akan diketepikan sebagai suatu yang mustahil untuk dicapai. 

Golongan sekularis telah menggantikan prinsip-prinsip kebenaran dengan beberapa prinsip baru, di antaranya prinsip ketiadaan suatu yang benar (no truth), kehampaan, realiti (no reality), kegersangan makna (no meaning), kepelbagaian (multiplicities), kesamarataan (equal representation) dan keraguan yang menyeluruh (total doubt). Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah apabila prinsip ini meminggirkan nilai ketuhanan dan menggantikannya dengan sesuatu bentuk pergantungan mutlak kepada rasional. Tegasnya ta’ akul rasional dijadikan sebagai pusat gravitinya.

Akibat prinsip-prinsip di atas mula bertapak kukuh dalam pemikir-pemikir sekularisme dan pendokongnya, mereka terus melangkah untuk memastikan prinsip-prinsip ini tidak akan mendapat saingan atau ancaman. Justeru menyedari Islam sebagai satu-satunya agama yang mampu mengancam mereka, maka tindakan untuk
membunuh prinsip-prinsip, sistem-sistem dan manifestasi-manifestasi Islam dilakukan dengan aktifnya oleh golongan ini. Mana-mana ruang yang digunakan oleh pendokong-pendokong Islam untuk menampilkan wawasan Islam akan dihancurkan. 

Golongan pejuang kebenaran Islam akan dilabelkan dengan label-label yang jahat lagi hina. Lalu timbullah tuduhan-tuduhan bahawa golongan pejuang Islam dianggap ekstrimis dan ganas. Tidak cukup dengan itu, golongan sekularis akan sentiasa menakut-nakutkan rakyat dan sesiapa sahaja yang mahukan kebenaran Islam. Kononnya manusia dan dunia ini akan musnah jika golongan pejuang kebenaran Islam diberi peluang untuk mentadbir dan memerintah dunia. 

Suatu yang lebih menarik lagi golongan sekularis telah juga mewujudkan institusi-institusi dan aliranaliran
gerakan yang menentang perjuangan Islam. Institusi-institusi ini akan terus menerus berperanan untuk meliberalkan pemikiran umat Islam dan menggantikannya dengan suatu pandangan hidup (world view) yang berimejkan sekularisme.

Antara agenda sekularis yang berjaya dilaksanakan dalam masyarakat umat Islam
ialah seperti berikut:

~ Memburuk-burukkan wawasan Islam 
 
~ Menakut-nakutkan kerajaan dan rakyat terhadap Islam dan gerakan Islam

~ Menggilap imej aliran dan gerakan yang menentang Islam 
 
~ Menilai gerakan Islam dengan pengalaman sejarah dan epistemologi Barat 
 
~ Mengajukan beberapa strategi penting kepada kerajaan sekular negara-negara Islam untuk membendung dan melemahkan kebangkitan Islam dari sudut politik

~ Membantu kerajaan sekular dari sudut ekonomi agar ia memiliki keabsahan di mata rakyat untuk terus berkuasa. 
 
~ Memusnahkan secara langsung atau tidak langsung kekuatan Islam yang mungkin akan muncul sebagai negara Islam samada di rantau Balkan maupun di tempat-tempat lain di dunia. 
 
Menyedari bahaya ‘octopus’ sekularisme yang begitu bercapah dan sulit maka usaha untuk menghadapinya juga haruslah berbagai bentuk dan menyeluruh. Gerakan yang menghalang proses sekularisme mestilah merangkumi aspek pendidikan, sosio budaya, politik, ekonomi, pentadbiran, undang-undang dan lain-lain . 

Sumber: 
MEMBINA KEKUATAN UMAT
MENANGKIS SEKULARISME1
Oleh :
Haji Abd. Ghani Samsudin
Yang Dipertua
Persatuan Ulama’ Malaysia

Friday, 1 April 2011

Petrol RON 97 Naik Lagi!!!


Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.
 
Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
 
Zulkifli berkata peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lalu.
 
"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah," katanya ketika dihubungi.
 
Zulkifli juga berkata harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.
 
Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter.
Ini kali kelima harga petrol gred RON97 dinaikkan sejak harganya diapungkan dan adalah kenaikan kedua tahun ini sejak 31 Januari lalu.
 
Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi

Sumber: http://www.malaysiakini.com

Friday, 3 December 2010

Harga Barang Naik Lagi!

Jadual dari malaysiakini.net
Mulai jam 12 tengah malam ini, beberapa barangan iaitu Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter, diesel naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter dan gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. Petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter dua hari yang lepas. 

Wednesday, 27 October 2010

Malaysia Hub Hiburan?

Hari ni Mie bangun dengan kepala meroyan-royan lagi.. Tengok lap top tak tutup, lampu cerah lagi.. Rupa-rupanya tertidur daa semalam.. Alang-alang bangun awal lagi ni, tambah lap top pun 'on' lagi, saje la buka untuk baca paper online.. 

foto dari malaysiakini.com
 
"Hah! betul ke ni?" terpancul dari mulut Mie, bila membaca satu berita di malaysiakini yang merujuk kepada inti pati ETP yang baru diumumkan oleh perdana menteri, Najib Razak baru-baru ini. Maha dahsyat rancangan baru ni. Masakan tidak, sekurang-kurangnya di lima negeri, akan dibuka hub hiburan malam untuk menarik pelancong datang ke Malaysia. Kelab malam, spa dan konsert besar-besaran akan dirancang dan dibuka untuk menarik kehadiran pelancong asing dan juga untuk menampung jumlah yang dijangka akan meningkat berlipat kali ganda dari sekarang. Rancangan ini dianggarkan bernilai RM467 juta dan mamapu memberi pulangan kasar RM427 juta kepada kerajaan. Ia juga dijangka akan dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 8000 rakyat. 

Entah macam mana nak cakap, betapa panasnya rasa dilubuk hati ini, selepas habis membaca beberapa lagi laporan serupa dari beberapa website yang lain (harakahdaily). Adakah kita semua sedar bala bencana yang akan turun apabila hiburan diagung dan menjadi barang dagangan? 
Sedikit peringatan dari negara jiran yang baru sahaja berhadapan dengan amukan gunung berapi Merapi yang memusnahkan beratus-ratus kampung dan meragut lebih 150 nyawa. Disusuli pula dengan tsunami setinggi 10kaki yang mengorbankan lebih 40 orang dan beratus-ratus lagi masih hilang langsung tidak kita diendahkan. Masih butakah kita?

Hari ini masalah sosial hasil dari penyakit gilakan hiburan masih belum menunjukkan tanda-tanda akan pulih. Bagaimanakah keadaanya jika misi hub hiburan ini terlaksana? Bertambah baikkah? "Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman (klik disini). Memperlihatkan kepada kita bahana yang bakal menyusul selepas ini. Hakikat bahawa masalah sosial akan semakin parah membarah dalam mayarakat. Kes zina. buang bayi dan keruntuhan institusi kekeluargaan akan menjadi mimpi ngeri yang akan terus menemani tidur rakyat sampai bila-bila.

Cukup lunak dan menggoda tawaran baru dari pihak pemerintah hari ini. Sehingga lupa hidup ini adalah milikNya. Dunia ini hanya sementara yang akan binasa bila tiba saatnya. Buatlah apa sahaja yang kalian inginkan. Tunggulah saat di mana hanya Allah dan neracaNya menjadi penentu segalanya. Yang beriman dan selamat dari golongan ini akan melihat si pemberi undi, si pelobi, si perancang, si pengecop persetujuan dan si pelaksana akan terjun bersama pemimpin-pemimpinnya  ke dalam neraka. Timbul persoalan, adakah inilah yang dinamakan projek "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"? Sama-sama kita renungkan.

Monday, 25 October 2010

Islamic Fashion Festival : Dedah Rakyat Malaysia Hamba Media Massa!

Tidak sampai setahun isu penghinaan terhadap Rasulullah oleh pembikin filem dan ahli parlimen Belanda berlaku, kini kebiadaban yang sama juga berlaku di negara kita sendiri. Semuanya terjadi dalam satu fastival fasyen yang dinamakan Islamic Fashion Festival di ibu negara baru-baru ini. 
 

Festival yang dikatakan bertujuan untuk membawa dimensi baru kepada pakaian dan fesyen dalam masyarakat islam dan dinaungi oleh isteri perdana menteri, Rosmah Mansur bertukar menjadi peragaan penghinaan kepada syariat islam dan rasulullah sendiri. Masakan tidak, dengan pakaian-pakaian yang didakwa sebagai pakaian islam sebenarnya tidak ubah seperti gaun-gaun model dan artis Hollywood. Aurat terdedah sana sini, ada yang ketat dan nipis sehingga menampakkan apa yang sepatutnya dilindungi dari pandangan ramai. Hal ini amat memalukan dan cukup mengguriskan ditambah lagi nama Rasulullah dihina deaib-aibnya dengan tulisan 'Muhammad' dalam bahasa arab diletakkan di dada wanita secara terbalik. 


Isu yang hendak dikupas di sini adalah bukan kerana Rosmah yang menjadi penaung tetapi untuk cuba kita lihat secara keseluruhannya, bagaimana rakyat Malaysia menghadapi isu ini. Isu ini mula panas apabila Dr. Lo'Lo', salah seorang ahli parlimen dari PAS mendedahkan program yang dinaungi dan juga di hadiri oleh Najib sendiri. Seterusnya pelbagai pihak mula bercakap dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Tantawi mengecam program ini dan menggerakkan penganjuran perhimpunan mendesak penaung program tersebut untuk memohon maaf kepada seluruh umat islam. Ditambah lagi dengan kenyataan Dr. Asri agar Rosmah memohon maaf dan mendapatkan nasihat dari penasihat agama. 
 
Namun media massa khususnya media perdana tidak menyiarkan isu ini sama ada dalam akhbar mahupun di televisyen. Timbul persoalan, adalah disebabkan isu ini tidak didendangkan di media massa, maka tiada yang memberi respon? Tidak seperti isu-isu lain yang melibatkan agama seperti isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan islam, isu orang islam masuk ke masjid dan isu kandang babi di Selangor dulu yang didendang selunak-lunaknya. Sehingga menimbulkan pelbagai suara dan beberapa tindakan dari semua pihak.

Sedar atau tidak, hakikatnya rakyat Malaysia kebanyakannya rela diri mereka dimelembu oleh media-media massa. Seolah-oleh media massa adalah tuan mereka. Sehinggakan mereka buta untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Mana yang benar, mana yang salah. Sejak dahulu lagi hingga kini, keadaan tidak berubah. Mungkin suatu hari nanti, apabila bencana menimpa, dek permainan media massa, barulah rakyat mula menggelabah, mula mencari nur-nur yang telah dilupakan sejak sekian lama. Harapnya kita masih belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...