Sunday, 12 June 2011

Rejab: Bulan Allah.


Assalam. Pekabo teman-teman? Alhamdulillah, sekali lagi kita dipanjangkan umur untuk bertemu dengan bulan Rejab, iaitu antara bulan-bulan yang penuh dengan kelebihan dan peristiwa besar dalam dunia Islam. Justeru hari ini Mie nak share beberapa kelebihan yang ada pada bulan Rejab.

1.Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.


2.Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.


3.Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.


4.Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.


5.Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.


6.Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.


7.Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.


8.Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala. 

9.Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan ketika berpuasa, bersedekah pula seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

10.Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti. 

~~Selamat Beramal kawan-kawan~~

Friday, 3 June 2011

ZoOM in: Pulau Bidong Trip 2011

Assalam.. Cuti ni Mie berkesempatan bersama keluarga ke Pulau Bidong di Terengganu. Pulau ni terletak tidak jauh dari daratan. Hanya memakan masa lebih kurang 30 minit untuk sampai dari jeti ke Pulau Redang di Merang. Namun pulau ini bukanlah sebuah pulau peranginan. Hanya sebagai tempat persinggahan nelayan-nelayan untuk berlindung daripada ribut di laut.

Pulau ini juga menyimpan sejarah di mana telah diduduki oleh pelarian Vietnam pada tahun 70-an dahulu. Hari ini, kesan pendudukan tu masih ada dan kadang-kala dilawati oleh bekas pelarian yang pernah tinggal di situ. Pelbagai kisah berkaitan pendudukan pelarian Vietnam masih meniti di bibir-bibir bagi mereka yang biasa dengan tempat ini seperti kisah terserempak dengan hantu mangsa pelarian yang mati di laut dan sebagainya. Namun kisah-kisah itu tidak diketahui sama ada benar atau sekadar rekaan.

Alhamdulillah, sepanjang dua hari berada di sana, ok je semua. Ni sedikit kenangan yang dapat Mie rakam.. Jom, layan... (^_^)























Oklah..sini saje.. (^_^)

Tuesday, 24 May 2011

Kanak-Kanak Sedang Diserang!!!

Kanak-kanak, merupakan generasi yang akan mewarnai dunia di masa hadapan. Semenjak dahulu lagi, kanak-kanak sudah mula diberi perhatian oleh pelbagai pihak. Sejarah telah menceritakan, bagaimana tamadun terawal di dunia, Mesir Purba sejak mula lagi telah melihat potensi yang ada dalam diri kanak-kanak. Kisah Nabi Musa yang diselamatkan oleh permaisuri Firaun ketika itu dan seterusnya dilatih sehingga menjadi seorang menteri dalam kerajaan firaun. Begitu juga dalam sejarah Kerajaan Rom dan China yang melihat pembangunan kanak-kanak sebagai pelaburan untuk masa depan negara.

Senario itu tidak terhenti malah semakin hari pembangunan kanak-kanak semakin diberi perhatian oleh seluruh kerajaan di dunia. Setiap negara melaburkan sebahagian besar ekonomi negara untuk pembinaan kanak-kanak mengikut acuan falsafah negara masing-masing. Namun hari ini, sedar atau tidak, proses pembentukan kanak-kanak bukan sahaja bermula dari tangan ibubapa dan kerajaan, malah sudah merebak ke organisasi yang sedang berusaha untuk menguasai dan membina dunia baru mereka, FREEMASON dan ILLUMINATI!
 

Sedar atau tidak, kanak-kanak hari ini sedang diproses dengan pelbagai agenda dari kedua-dua organisasi syaitan Zionis Dajjal ini. Anda pasti pernah melihat program Tom Tom Bak di saluran ASTRO ceria bukan? Program yang mengumpul kanak-kanak di Malaysia dan diberi peluang untuk berinteraksi di hadapan kaca kamera. Anda sudah tentu akan melihat kanak-kanak juga diberi peluang beraksi di pentas untuk menyanyi, menari persis artis-artis dan selebriti. Dengan gaya lenggok solekan yang tidak lagi mencerminkan seorang kanak-kanak. Malah inilah yang dikatakan BAKAT! 
 

Tidak cukup dengan itu, pelbagai lagi program yang berobjektifkan hiburan mula menyerang kanak-kanak seperti program Bintang Kecil, Kamilah Bintang, Idola Kecil mula tumbuh bak cendawan selepas hujan. Diawal usia lagi, kanak-kanak sudah didendangkan dengan pelbagai hiburan yang jauh dari batasan syariat. Malah ibu bapa seperti dipukau, hanya membiarkan anak-anak mereka terkinja-kinja di pentas, dilihat seluruh pelusuk dunia. Aurat bukan lagi perkara penting. Lebih dahsyat, ibu bapa juga dilihat sama rosaknya dengan memberi sokongan kepada anak-anak masing-masing.


Hakikatnya kanak-kanak sedang diproses dalam acuan yang ditukangkan oleh musuh-musuh islam dengan matlamat SEKS dan HIBURAN MELAMPAU! Kita dapat lihat juga, bagaimana kanak-kanak dilatih semenjak kecil untuk mendekatkan diri dengan seks dan zina. Terbaru iklan promosi TESCO yang bertemakan dua orang kanak-kanak meminati antara satu sama lain setelah kanak-kanak perempuan tersebut tertarik dengan kanak-kanak lelaki. Secara tersiratnya, dapat kita lihat bagaimana musuh-musuh islam menggunakan jarum yang cukup tajam untuk membuang perasaan malu yang ada dalam diri kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak hari ini juga sedang diserang dari segenap sudut melalui makanan dan teknologi permainan terkini. Jika dahulu kanak-kanak tidak akan lekat untuk berada di dalam rumah, namun hari ini boleh dibilang kanak-kanak yang bermain di luar rumah. Kebanyakannya hanya sibuk beraksi di hadapaan permainan video yang hangat di pasaran kini seperti komputer, PS2, PS3, PSP dan sebagainya. Tiada lagi dalam kamus kehidupan mereka untuk berinteraksi dengan rakan-rakan di luar. 

Dan makanan mereka tidak lain adalah makanan segera yang bersepah-sepah hari ini. Sebut sahaja KFC, MacD, Pizza Hut, Starbuck, A&W, kanak-kanak mana yang tidak mengetahuinya. Ditambah dengan kesibukan ibubapa dengan kerjaya masing-masing dan kemudahan penghantaran ke depan pintu rumah, ia menjadi pilihan utama kanak-kanak masa kini. Dan hari ini kita dapat melihat pelbagai masalah yang melibatkan kanak-kanak mula timbul. Terbaru, isu obesiti dan penyakit kronik seperti deabetis, jantung, darah tinggi dan masalah buah pinggang dalam kalangan kanak-kanak semakin meruncing dan mencemaskan.

Semua ini adalah tidak lain adalah untuk melemahkan kanak-kanak khususnya kanak-kanak islam. Ini kerana musuh-musuh islam sedar, kanak-kanak ini akan menentang mereka apabila mereka dewasa jika mereka tidak dididik dengan dakyah-dakyah dan agenda-agenda mereka. Kanak-kanak dilalaikan dengan hiburan dan permainan, ditanam pemikiran untuk bercita-cita dengan dunia, kerjaya dan kekayaan yang langsung hilang pertimbangan akhirat dan agama. Oleh itu, menjadi satu kewajiban kepada semua pihak khususnya ibu bapa, guru dan pihak kerajaan sendiri. 

Wahai muallim-muallim sekelian, bangkitlah kalian untuk menyelamatkan kanak-kanak hari ini. Gunakan segala peluang yang ada untuk menyedarkan dan menyelamatkan mereka dari gelombang kehancuran ini. Kita sudah diberikan peluang oleh Allah, bukan untuk hanya sekadar menikmati hasil gaji dan bonus, namun apa yang paling utama adalah membina jiwa-jiwa kanak-kanak yang cintakan agama, cintakan keamanan dan cintakan kepada Yang Maha Esa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...