Showing posts with label Kemboja. Show all posts
Showing posts with label Kemboja. Show all posts

Friday, 24 December 2010

ZoOM In: Kembara Thailand-Kemboja 2010 part 3

 Pemandangan di salah satu sungai yang mengalir dari tasik Tonle Sap. Pada musim hujan, air sungai boleh mencecah ke tebing dan membolehkan pengangkutan feri berjalan.
 
 Beberapa kedai yang menjual barangan cenderahati Kemboja. Memang cantik barangannya namun harganya.. huhuhu..
 
 Makanan bakar menjadi menu utama di kawasan ini. Cuba teka apa yang Mei angkat tu? Tu lah KATAK PANGGANG!! hehehe
 
 Pintu masuk jambatan ke Angkor Wat
 

 Pandangan Angkor Wat dari tebing sungai yang memisahkannya dari tanah besar. Sungai ini mengelilingi kota Angkor Wat..
 

 Pintu masuk ke Angkor Wat. Ni Mie ambil dari jambatan ke Angkor Wat. Tapi tak masuk ke sana sebab harga tiket mahal sangat.. USD 20.. Korang darab la dengan RM3.20.. huhuhu
 

 Antara pintu masuk ke kota kerajaan lama Kemboja. Menampakkan ketinggian kejuruteraan dan kemahiran memahat batu yang tinggi.
 
 Kehadiran kenderaan bergajah ini menandakan terdapat kunjugan kerabat di raja atau kerajaan Kemboja di kawasan tersebut. 
 


 Tembok batu yang dijadikan tempat pendokumenan sejarah kerajaan lama Kemboja. Menceritakan kisah peperangan dan kehidupan masyarakat lama Kemboja. Juga dapat dilihat pengaruh agama Buddha yang cukup tebal dalam setiap ukiran.
 
 Mungkinkah ini menara peninjau? Entah lah..
 
Peninggalan Angkor Thom di dalam kota lama Kemboja.. Sangat tinggi mata memandang.

Semuanya menjadi tinggal sejarah. Mengingatkan kita bahawa sehebat dan setinggi manapun kedudukan kita, lambat laun akan tiba masa untuk kita kembali kepadaNya.. Lailahaillallah...

ZoOM In: Kembara Thailand-Kemboja 2010 part 2 (Perkampungan Islam Darul ULUM)


Salam.. Di sini pula kembara Mie semasa di Kemboja dalam kunjungan ke kawasan perkampungan orang islam di sana. Perkampungan ini dibuka pada tahun 2000 dan sehingga kini menempatkan seramai lebih kurang 60 orang pelajar dan 20 keluarga muslim. Kesemuanya datang dari seluruh pelusuk Kemboja khususnya dari Kampung Champ, sebuah negeri islam di timur Kemboja. Ketika ini adalah musim sejuk di mana angin dari teluk siam datang. Memang membeku di kala malam hari.. Amat sejuk!
Keadaan bandar di sempadan Kemboja-Thailand. Dipenuhi dengan bangunan-bangunan moden yang memuatkan kasino-kasino terkemuka dunia. Apa yang menariknya, kerajaan Kemboja hanya membenarkan rakyatnya bekerja di kasino-kasino ini tetapi tidak membenarkan rakyatnya berjudi di sini. Kerajaan negara Mie lak menhalalkan judi. Ada lesen, terus halal.. Siapa tak kenal Genting Highland, pusat judi utama negara. Takde lesen, angkat lori la.. Bijak-bijak..

Kanak-kanak yang tinggal di Darul Ulum menyambut kami dengan wajah seribu harapan. Dan harapan mereka termakbul dengan sedikit agihan gula-gula dan snek.. Alhamdulillah...
Masjid Darul Ulum. Masjid ketiga di dalam perkampungan islam Darul Ulum selepas masjid pertama hanya berdindingkan ayaman lalang dan berlantaikan tanah. Masjid kedua pula adalah masjid kayu yang hanya sebesar bilik tidur. Masjid ini didermakan oleh seorang ulama terkemuka dari negara kita, Dato' Harun Din yang juga merupakan Tim. Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS). Alhamdulillah..

Masjid kedua yang Mie sebutkan tadi. Hampir roboh dan amat daif. Kini masjid ini dijadikan tempat masyarakat berkumpul dan berbincang. Semasa kunjungan ini, sempat kami bergotong-royong membaik pulih sedikit sebanyak untuk dijadikan pusat asuhan kanak-kanak. Harga barangan pembinaan yang mahal memerlukan kos yang tinggi untuk dibaik pulih sepenuhnya.

Santapan pertama kami di Kemboja. Nasi putih berlaku sawi goreng, ikan goreng dan air asam sudah cukup untuk membuka selera Mie dan masyarakat setempat. Walaupun ringkas, sebenarnya hidangan ini sudah dianggap mewah di sini. Kesempitan hidup ditambah pula dengan harga barangan yang mahal amat memeritkan. 

Agenda makan berjemaah pula sudah menjadi adat apabila tetamu berkunjung ke sini. Walaupun hidangannya tidak seberapa, namun layanan mereka amat mesra dan ramah sekali. Senyuman di bibir sambil nasi ditambah ke pinggan tetamu membuatkan kami hanya mampu menggelengkan kepala memikirkan camne nak habiskan nasi nih..hehe

Masih lagi dalam pembinaan. Beberapa buah asrama untuk pelajar pondok Darul Ulum hasil daripada derma dan sumbangan warga Malaysia yang prihatin akan saudara seagama di Kemboja. Beberapa asrama sebelumnya sudah roboh dek kedaifan.
 Seekor lembu dikorbankan hasil kutipan untuk aqiqah dari rakyat Malaysia. Kat sini lembu murah je tapi daging yang sudah siap boleh mencecah sehingga USD 10 sekilo. Sebab tu kat sini, hidangan daging hanya sekali setahun semasa musim raya aidil adha hasil sumbangan korban dari umat islam seluruh dunia.
 
 Sebuah kedai kuih yang hanya menjual dua jenis kuih. Sangat daif sehingga tidak boleh duduk lebih dari lima orang dan hanya mempunyai sebuah dapur kayu.





Keadaan rumah dan pondok yang cukup daif. Mie rasa kat Malaysia dah takde yang tinggal di tempat begini. Reban kambing lagi cantik kalau nak dibandingkan. Namun inilah tempat tinggal mereka dalam berhadapan pelbagai cuaca dan empat musim yang menyeksakan.

 Bergambar kenangan sebelum pulang.. Semoga berjumpa lagi insya Allah..
Tut-tut. Kenderaan Mie untuk ke sempadan Kemboja-Thailand..

Begitulah sedikit catitan buat teman bagaimana keadaan umat islam di sana. Insya Allah Mie akan cerita lagi pelbagai kisah semasa berada di sana.. Insya Allah.. (^_^)..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...