Wednesday, 2 February 2011

Kerana Dosa Lelaki!


Assalam.. Pekabo teman-teman? Harapnya sihat semuanya. Sejak cuti nih dah jauh Mie ronda-ronda Malaysia hingga la semalam baru pulang ke Terengganu. Dari Kota Bharu ke Gua Musang ziarah sahabat. Malam tu jugak merangkak ke Kuala Lumpur untuk ke program. Habis program turun pulak ke Kuantan ziarah sorang lagi sahabat hingga ke Kuala Terengganu, my hometown..hehe 

Dalam perjalanan nih, banyaklah pengalaman dan perkara baru yang dapat Mie lihat. Input yang masuk diproses di dalam pemikiran dan jiwa menggunakan mesin akal, ilmu dan hidayah dariNya. Maka terhasillah seribu satu kesimpulan dan pengetahuan baru yang dijilib-jilibkan dalam episod-episod hidup yang dinamakan kenangan.

Antara yang paling banyak diproses adalah keadaan masyarakat hari ni. Dari timur ke barat, utara hingga ke selatan, masyarakat dilihat sedang berevolusi ke arah masyarakat yang baru, yang cukup berbeza dari sebelumnya. Masyarakat apakah yang sedang berubah itu? Itulah masyarakat Melayu-Islam hari ini..

 
 
Sepanjang perjalanan ini, pemandangan anak-anak gadis membonceng bersama teman lelaki sudah menjadi lumrah di jalanraya. Bajunya jauh dari status halal oleh syarak. Fenomena SiNiS (Singkat-Nipis-Sendat) merebak hampir ke seluruh fesyen gadis-gadis. Rambutnya pula tak ubah seperti bulu ekor ayam jantan, diwarna sana-sini. Ditambah lagi, si lelakinya lebih bangga berseluar pendek, berantai tekaknya dan bergelang pada tangannya. Di jarinya pula rokok lebih lama bermastautin berbanding butiran tasbir atau si pena.

Di bandaraya-bandaraya pula, sang pekerja wanita tanpa segan silu mengenakan skirt pendek, berkebaya ketat, berbibir merah, berkening lentik, berjalan dengan lenggang-lenggoknya. Malah dengan mudah, di bawa ke hulu ke hilir oleh rakan sekerja lelaki. Tudung kepala jangan ditanya lagi, terbang entah ke mana. Batasan perhubungan dengan bukan mahram sudah terhapus dari akal waras pemikiran. Lelaki dan wanita, sama-sama berseronok dan diseronok. Suaminya dengan isteri orang lain dan si isteri pula dengan rakan lelaki yang lain.

Anak-anak pula bak seekor burung, bebas terbang tanpa sedikit pun halangan dari ibubapanya. Sehingga ada yang tanpa segan silu membawa teman lelaki atau teman wanita ke rumah. Ibu bapa pula dengan senang hati membenarkan anak perempuan dan lelaki mereka membawa dan dibawa keluar teman masing-masing. Walhal tidak ada sekelumitpun ikatan antara mereka.

Semua keadaan ini menyebabkan Mie terfikir, kenapa begini teruk jadinya? Adakah kerana arus moden yang terlalu deras mengalir mengheret segenap lapisan masyarakat menjadi puncanya? Atau adakah kerana islam yang semakin hilang mengucup sedangkan jika dilihat islam semakin berkembang positif berbanding 30-40 tahun yang lalu?
 
Dan jawapannya kene jugak kat kepala Mie. Semuanya kerana insan yang bergelar lelaki! Yes, semuanya kerana lelaki. Kenapa lelaki? Kerana lelakilah yang menjadi pemimpin yang memerintah dan memimpin negara. Kerana lelakilah yang menjadi ayah yang menjaga dan mendidik setiap ahli kelaurganya. Kerana lelakilah yang menjadi abang yang menjadi tanggungjawab menjaga adik-adiknya. Namun hari ini segalanya berubah.

Pemerintah hanya tahu berniaga dengan rakyatnya. Memaksimumkan keuntungan untuk dipahat nama sebagai pemimpin yang paling diingat oleh rakyatnya dalam menjana pembangunan projek mega. Di dalam institusi kekeluargaan pula kuasa sang ayah sudah bertukar kepada ibunya. Bak tikus menusup senyap dilubangnya. Sang abang pula ibarat harapkan pagar, pagar makan padi. Berapa banyak kes sang abang meratah adik sendiri. Kerana apa? Kerana hilangnya keberkatan dan budaya ilmu dalam masyarakat.

Hiburan dan keseronokan menjadi akidah dari sekecil-kecil kanak-kanak hingga sebongkok-bongkok sang tua. Agama dipandang apabila tiba hari raya dan maulidur rasul. Namun ditinggalkan dalam seluruh kehidupan. Ilmu hanya sebagai alat untuk mendapat keutungan dunia. Sedangkan ilmu yang sebenarnya adalah ilmu untuk selamat dari azab nerakaNya..

Justeru itu, perlunya setiap lelaki bangun dari mimpi yang melekakan. Sedarlah, tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita, yang akan ditanya kelak dihadapan mahkamahNya..

No comments:

Post a Comment