Monday, 28 February 2011

Women = Apple?

Wanita ibarat epal. epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tetapi, epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak pokok. Susah dipetik, susah digapai. kadang kala epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkn martabatnya & menggugurkn diri menyembah bumi. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia, asalkan cinta Ilahi sentiasa mengiringi... 
 
 
Indah sungguh cuaca pagi itu. Angin bertiup tenang. Sinaran mentari lembut menerangi alam.Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk. Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.Tapi kenapa aku tidak dipetik orang?
  


Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak paling murni ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan seranggga?
 
Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang. Apa kurang dirinya ini? Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang Murungnya tidak terganggu lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah.Apabila sudah berada dibawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia bertuah itu. Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya. Buahan-buahan yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang. Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan. Rasa gembira bertukar menjadi risau. Daripada risau menjadi sedih.
 
 
 
Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan.. Akhirnya epal tersebut busuk di tanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak….
 
Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik. Ia beguguran di tanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada di puncak. Susah dipetik susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah sifat malu. Apabila hilang sifat malu, hancurlah maruahnya. Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.
 
P/S: Jagalah kemuliaanmu wahai wanita-wanita sekelian.. Kerana kamu memiliki mahkota yang amat mulia anugerah ilahi hanya kepada manusia yang bergelar wanita.. (^_^)

Saturday, 26 February 2011

Yahooo!!!! Dah Boleh Mengundi!!!!


Assalam.. Akhirnya dapat jugak nak mengundi! hehe.. Kepada sesiapa yang nak check daftar pemilih, boleh KLIK DI SINI.

Welcome For Assignment!!!

Assalam.. Nampak gayanya musim assignment dah mai dah.. Huhu malasnya nak mula.. Dah lah tinggal dua minggu lagi sebelum cuti..Cuti lak terbang ke Sabah, lawatan kelas pulak.. Lepas cuti terus masuk praktikum..huhu..

Setakat ni baru satu yang Mie sentuh.. Tinggal nak karang je lagi.. Ada lagi tiga, Math, pedagogi Math dan BI..
Insya Allah dalam seminggu dua nih nak habiskan. sekurang-kurangnya semuanya dah 70% siap..

Oklah, Mie nak sambung kerja lagi.. Assalam (^_^)

Thursday, 24 February 2011

ZoOm In: Diskusi Kepentingan Tarbiyyah PIM 2011

Assalam.. Pada bulan Februari yang lepas, persatuan Mie berjaya menganjurkan diskusi yang bertajuk " Kepentingan Tarbiyyah" di Dewan Seminar K39, di IPG Mie. Alhamdulillah sambutan yang diberikan amat menggalakkan sehingga penuh dewan tersebut. Objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada umum akan pentingnya peranan tarbiyyah di dalam sesebuah organisasi. So, jom ZoOm In!
 
 Banner sedia guna yang boleh diguna semula dalam program-program yang lain. Salah satu kejayaan pemerkasaan Sistem Penyampaian Maklumat (SPM)
 
 
 Antara ahli panel yang dijemput khas. Dari kiri, moderator berkaliber PIM, Saudara Adib Bin Mat. Panel pertama adalah Ustaz Azreen, merupakan seorang ahli farmasi di Pusat kesihatan Pengkalan Chepa. Panel kedua adalah Presiden Rakan Masjid USM, Saudara Solihin.
 
 
 Peserta yang hadir tekun mendengar ahli panel mengutarakan pengisian.
 
 Salah seorang peserta yang bertanyakan soalan dalam sesi soal jawab.
 
 Sedikit cenderahati untuk ahli panel jemputan.
 
 
 Jualan cenderahati dari Lajnah Ekonomi dan Persegaran (LEKP)
 
 
Jamuan ringan kepada peserta yang hadir.
 
Diharapkan program ini akan menjadi titik permulaan kearah pentarbiyahan organisasi. Sekalung tahniah kepada semua jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakannya. Jazakallah.. (^_^)

Monday, 21 February 2011

Perkembangan Sukan Vs Pembangunan Agama!


Assalam.. Minggu lepas Mie berkesempatan untuk mengikuti lawatan ilmiah untuk subjek pendidikan jasmani dan pendidikan ke Kuala Lumpur. Antara tempat yang kami lawati adalah Majlis Sukan Negara, Universiti Putra Malaysia serta Sekolah Sukan Bukit Jalil. Semuanya berkisarkan kepada pembangunan sukan dan atlet negara. Matlamatnya adalah untuk merangkul pingat di persada arena antarabangsa khususnya di sukan Olimpik dan kejohanan tahunan yang lain.


Dari aspek insfrasruktur bangunan serta kemudahan hingga kepada pakaian atlet, semuanya ditaja dan dibiayai oleh kerajaan. Malah, untuk perbelanjaan makanan sahaja, seorang atlet mendapat sebanyak RM28 sehari. Kemudahan bilik dan hostel berhawa dingin 24jam disediakan. Atlet juga bukan sahaja berlatih di dalam negara malah turut  ke luar negara. Contohnya skuad berbasikal berpengkalan di Melbone, Australia dan Datuk Nicol David, ratu squash negara berpengkalan di Amsterdam. 

Jadual kehidupan atlet juga dikawal selia oleh pelbagai pegawai dan jurulatih. Bermula dengan bangun pagi seawal 6pagi hingga melelapkan mata pada jam 11 malam, hidup mereka dijadualkan dan berbagai-bagai modul diadaptasi demi mencapai matlamat mengharumkan nama negara. Itu belum dibuka buku rekod perbelanjaan apabila menyertai dan mengendalikan suatu kejohanan sukan di negara kita. Sukan Komenwel 1998 sahaja sudah mencecah beratus-ratus juta.

Sepanjang perjalanan membuatkan Mie terfikir. Negara kita mampu menyediakan pelbagai inisiatif, kemudahan dan prasarana untuk pembangunan sukan dan ekonomi negara, tetapi mengapa tidak untuk pembangunan agama?

Negara sudah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun dan tahun ini memasuki tahun ke 54. Jika dahulu bangunan pencakar langit hanyalah sekadar angan-angan namun hari ini KLCC dan KL Tower berdiri megah menongkat langit kota raya Kuala Lumpur. Jika dahulu kenderaan di jalanraya boleh dibilang dengan jari namun hari ini kesesakan jalanraya adalah satu panorama biasa di bandar-bandar besar. Malahan pendapatan negara semakin hari semakin meningkat dan berkembang sehingga ke seluruh pelusok desa. 

Namun sinar Islam semakin hari semakin malap. Gejala sosial dan murtad menjadi trend muda-mudi masa kini. Keruntuhan institusi keluarga dan masyarakat semakin sukar dibendung lagi. Kes-kes penceraian meningkat selari dengan kes-kes sumbang mahram. Masyarakat pula lebih suka berpeluk tubuh memejamkan mata memekakkan telinga, hanya melihat sepi setiap permasalahan yang berlaku di depan rumah sendiri.

Mie membayangkan alangkah baiknya jika pembangunan agama dan moral juga diberi layanan yang sama dengan pembangunan sukan dan ekonomi negara. Ditambah lagi keperluan untuk meningkatkan perkembangan dan peluang dakwah di Malaysia masih luas dan memerlukan banyak kepakaran untuk menjayakannya. Isu orang asal (asli) beragama islam yang masih lemah pegangannya masih tidak menampakkan tanda-tanda akan bertambah pulih. Dengan keupayaan jabatan agama dan jabatan orang asli masih tidak mampu untuk menyelesaikan masalah ini.

Mengapa tidak diangkat pembangunan agama ini ke tahap yang lebih tinggi? Jika aspek sukan mampu dilaksanakan, masakan untuk agama yang suci ini mustahil? Jika ada sekolah sukan, kerajaan juga boleh mengadakan sekolah dakwah! Hidup penuntutnya juga berjadual dengan pengajian aliran perdana dan juga modul-modul dakwah serta tarbiah. Paling mudah, paginya ke kelas biasa. Petangnya ke kelas intensif modul dakwah serta tarbiyyah. Malamnya waktu ulangkaji pelajaran. 

Modul-modul boleh dibentuk dan dibincang oleh pelbagai pihak dengan bertujuan mendedahkan mereka dengan kemahiran-kemahiran dakwah serta tarbiyyah yang lebih releven serta mampu memberi kesan dalam usaha menjalankan dakwah. Modul khas untuk pelbagai lapisan dan tahap mad'u seperti golongan kanak-kanak, remaja, orang dewasa, warga emas, profesional, penjenayah dan sebagainya. Boleh juga dispesifikkan kepada golongan terpelajar, warga dalam dan luar bandar serta berbagai-bagai lagi yang boleh difikirkan bersama.

Jika kerajaan mampu mewujudkan Majlis Sukan Negara, mengapa tidak juga diwujudkan Majlis Dakwah Negara? Sebuah badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mengelola graduan-graduan dakwah ini dalam menjalankan gerak kerja dakwah bukan sahaja di dalam negara, malah seluruh pelusok dunia. Pendakwah-pendakwah ini dihantar untuk membantu umat islam di seluruh dunia yang memerlukan bantuan khususnya dalam hal-hal berkaitan pengajian dan penyebaran dakwah islam. Kita dapat melihat masalah berkaitan umat islam masih jauh dari jalan penyelesaian. Di Kemboja, China, Filipina, Amerika dan Eropah misalnya, gerak kerja yang bersepadu dan menyeluruh amat diperlukan.

Bahkan di dalam negara sendiri, pendakwah ini boleh dihantar ke seluruh negara untuk menyampaikan cahaya islam khususnya di kawasan yang sukar untuk dimasuki seperti kawasan pedalaman, pulau-pulau dan sebagainya. Ini akan meningkatkan peluang dan seterusnya menjadikan agama itu sebagai kekuatan utama dalam masyarakat dan negara. Apabila agama bertahta, sesungguhnya rahmat dan berkat Allah akan menyirami bumi Malaysia ini.

Sunday, 20 February 2011

Sebiru Hari Ini...


Assalam.. Pekabo teman-teman? harapnya sihat je semuanya.. Akhirnya dapat jugak internet kat rumah sewa Mie yang baru.. So barulah boleh update blog nih..huhu..

First of all, Mie nak share satu lagu yang dijadikan lagu tema dalam satu program anjuran persatuan Mie.. Best jugak lagu nih.. Nak tahu betul ke best atau tak, dengar lah sendiri.. (^_^)

Dan jugak siapa-siapa nak download, boleh download kat link sini: KLIK DI SINI.

Ok.. Selamat mendengar..

Friday, 4 February 2011

Tips Lima Jari Dalam Berdoa


Assalam.. Setiap hari kita menadah tangan untuk berdoa. Jadi hari ni Mie nak share sedikit tips untuk kita berdoa. Selamat beramal.. (^_^)

1. Ibu jari anda adalah yang terdekat dari wajah anda. Jadi, mulailah doa anda dengan berdoa untuk orang-orang terdekat. Mereka adalah yang paling mudah untuk diingat. Jadi berdoa bagi mereka yang anda cintai, seperti ibu bapa, keluarga, saudara, suami/isteri dan kaum kerabat.

2. Jari seterusnya adalah jari telunjuk. Berdoalah untuk mereka yang mengajarkan kepada kita ilmu pengetahuan dan membantu menyembuhkan penyakit. Ini termasuk guru, doktor, dan siapapun yang mengajar sesuatu. Mereka memerlukan sokongan dan kebijaksanaan dalam memberi petunjuk kepada orang lain ke arah kebenaran. Sebutlah mereka dalam doa-doa anda.

3. Jari seterusnya adalah tengah iaitu jari tertinggi. Hal ini mengingatkan kita pada para pemimpin kita. Berdoa agar kita memiliki pemimpin insya Allah merupakan Muslim yang baik. Orang-orang ini akan memimpin umat Islam di seluruh pelusok dunia dan mereka amat memerlukan bimbingan dari Allah.

4. Jari keempat adalah jari manis kita. Mengejutkan banyak adalah kenyataan bahawa ini adalah jari kita paling lemah. Ini seharusnya mengingatkan kita untuk berdoa bagi mereka yang lemah, dalam kesulitan atau kesakitan. Contohnya golongan miskin, fakir dan mereka yang ditimpa kecelakaan serta ujian kesusahan dari Allah. Ia juga untuk umat islam yang masih ditindas di seluruh dunia seperti di Palestin, di Iraq, di Afganistan, Eropah dan sebagainya. Mereka memerlukan doa anda siang dan malam.
 
5. Dan terakhir adalah jari kelingking, jari terkecil dari semua. Yang mana kita perlu meletakkan diri dalam kaitannya dengan Allah dan orang lain. Pada saat anda telah berdoa untuk empat kumpulan lain, maka anda boleh berdoa untuk diri sendiri.
Berdoalah semoga kehidupan kita sentiasa mendapat keredhaan dari Allah di dunia hingga ke akhirat.

Wednesday, 2 February 2011

Kerana Dosa Lelaki!


Assalam.. Pekabo teman-teman? Harapnya sihat semuanya. Sejak cuti nih dah jauh Mie ronda-ronda Malaysia hingga la semalam baru pulang ke Terengganu. Dari Kota Bharu ke Gua Musang ziarah sahabat. Malam tu jugak merangkak ke Kuala Lumpur untuk ke program. Habis program turun pulak ke Kuantan ziarah sorang lagi sahabat hingga ke Kuala Terengganu, my hometown..hehe 

Dalam perjalanan nih, banyaklah pengalaman dan perkara baru yang dapat Mie lihat. Input yang masuk diproses di dalam pemikiran dan jiwa menggunakan mesin akal, ilmu dan hidayah dariNya. Maka terhasillah seribu satu kesimpulan dan pengetahuan baru yang dijilib-jilibkan dalam episod-episod hidup yang dinamakan kenangan.

Antara yang paling banyak diproses adalah keadaan masyarakat hari ni. Dari timur ke barat, utara hingga ke selatan, masyarakat dilihat sedang berevolusi ke arah masyarakat yang baru, yang cukup berbeza dari sebelumnya. Masyarakat apakah yang sedang berubah itu? Itulah masyarakat Melayu-Islam hari ini..

 
 
Sepanjang perjalanan ini, pemandangan anak-anak gadis membonceng bersama teman lelaki sudah menjadi lumrah di jalanraya. Bajunya jauh dari status halal oleh syarak. Fenomena SiNiS (Singkat-Nipis-Sendat) merebak hampir ke seluruh fesyen gadis-gadis. Rambutnya pula tak ubah seperti bulu ekor ayam jantan, diwarna sana-sini. Ditambah lagi, si lelakinya lebih bangga berseluar pendek, berantai tekaknya dan bergelang pada tangannya. Di jarinya pula rokok lebih lama bermastautin berbanding butiran tasbir atau si pena.

Di bandaraya-bandaraya pula, sang pekerja wanita tanpa segan silu mengenakan skirt pendek, berkebaya ketat, berbibir merah, berkening lentik, berjalan dengan lenggang-lenggoknya. Malah dengan mudah, di bawa ke hulu ke hilir oleh rakan sekerja lelaki. Tudung kepala jangan ditanya lagi, terbang entah ke mana. Batasan perhubungan dengan bukan mahram sudah terhapus dari akal waras pemikiran. Lelaki dan wanita, sama-sama berseronok dan diseronok. Suaminya dengan isteri orang lain dan si isteri pula dengan rakan lelaki yang lain.

Anak-anak pula bak seekor burung, bebas terbang tanpa sedikit pun halangan dari ibubapanya. Sehingga ada yang tanpa segan silu membawa teman lelaki atau teman wanita ke rumah. Ibu bapa pula dengan senang hati membenarkan anak perempuan dan lelaki mereka membawa dan dibawa keluar teman masing-masing. Walhal tidak ada sekelumitpun ikatan antara mereka.

Semua keadaan ini menyebabkan Mie terfikir, kenapa begini teruk jadinya? Adakah kerana arus moden yang terlalu deras mengalir mengheret segenap lapisan masyarakat menjadi puncanya? Atau adakah kerana islam yang semakin hilang mengucup sedangkan jika dilihat islam semakin berkembang positif berbanding 30-40 tahun yang lalu?
 
Dan jawapannya kene jugak kat kepala Mie. Semuanya kerana insan yang bergelar lelaki! Yes, semuanya kerana lelaki. Kenapa lelaki? Kerana lelakilah yang menjadi pemimpin yang memerintah dan memimpin negara. Kerana lelakilah yang menjadi ayah yang menjaga dan mendidik setiap ahli kelaurganya. Kerana lelakilah yang menjadi abang yang menjadi tanggungjawab menjaga adik-adiknya. Namun hari ini segalanya berubah.

Pemerintah hanya tahu berniaga dengan rakyatnya. Memaksimumkan keuntungan untuk dipahat nama sebagai pemimpin yang paling diingat oleh rakyatnya dalam menjana pembangunan projek mega. Di dalam institusi kekeluargaan pula kuasa sang ayah sudah bertukar kepada ibunya. Bak tikus menusup senyap dilubangnya. Sang abang pula ibarat harapkan pagar, pagar makan padi. Berapa banyak kes sang abang meratah adik sendiri. Kerana apa? Kerana hilangnya keberkatan dan budaya ilmu dalam masyarakat.

Hiburan dan keseronokan menjadi akidah dari sekecil-kecil kanak-kanak hingga sebongkok-bongkok sang tua. Agama dipandang apabila tiba hari raya dan maulidur rasul. Namun ditinggalkan dalam seluruh kehidupan. Ilmu hanya sebagai alat untuk mendapat keutungan dunia. Sedangkan ilmu yang sebenarnya adalah ilmu untuk selamat dari azab nerakaNya..

Justeru itu, perlunya setiap lelaki bangun dari mimpi yang melekakan. Sedarlah, tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita, yang akan ditanya kelak dihadapan mahkamahNya..