Monday, 24 January 2011

Akhlak Ahli Gerakan Islam

Setiap manusia memiliki potensi dan bakat tersendiri yang boleh melonjakkannya menjadi insan yang amat diperlukan oleh masyarakat, apatah lagi jika manusia ini daripada jenama Muslim, pasti dia amat diperlukan oleh agamanya untuk mengembang, memperkasa, membenteng, melindunginya daripada anasir yang boleh menggugat kekuatannya daripada serangan makhluk perosak akidah, iman dan ilmu pengetahuan agama. 
 
Ia semua tertakluk kepada sejauhmana insan Muslim itu dapat membentuk jati dirinya dengan aspek tarbiyah yang telah diperkatakan sebelum ini, dengan mengambil kira semua jenis tarbiyah yang diperlukan oleh seseorang ahli gerakan Islam yang aktif, di samping memelihara uslub dakwah yang berkesan bagi memastikan kesinambungan gerakan Islam terus utuh dan kukuh di persada alam ini. 
 
Bagi memastikan agar Islam terus berkembang melalui usaha dan kerja dakwah, ahli-ahli gerakan Islam perlu memelihara beberapa konsep akhlak yang dikira sebagai penting bagi meneruskan misi untuk memartabatkan Islam sebagai agama tertinggi dalam perjuangan hidup sebagai hamba Allah di muka bumi ini, antara akhlak tersebut yang mesti dipelihara ialah:
1. Akhlak terhadap Allah
2. Akhlah terhadap Rasulullah
3. Akhlak terhadap kitab Allah (al-Quran)
4. Akhlak terhadap Sunnah/hadis Rasulullah
5. Akhlak sesama jiran tetangga
6. Akhlak terhadap orang ramai 
 
Konsep akhlak dalam Islam

Islam mempunyai dua sumber iaitu al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya. Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut: 
 
Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenal pasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).

Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.

Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

Justeru, baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan bahawa, akhlaklah yang menjadikan seseorang Muslim itu hingga mencapai iman yang sejati, ini ditegaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Sesempurna iman seseorang yang beriman itu adalah yang paling baik akhlaknya."
 
Akhlak terhadap Allah SWT
Ia bermaksud bahawa yang paling utama sekali ialah beriman kepada Allah SWT selaku Pencipta yang meliputi kepercayaan dan pegangan kental mengenai 'Tauhid Uluhiyyah' dan 'Tauhid Rububiyyah' bagi melahirkan iman dan akidah yang sejahtera daripada sebarang kepercayaan khurafat, bid'ah, tahayul, syirik yang sememangnya tidak sinonim dengan ahli-ahli gerakan Islam yang memperjuangkan akidah yang benar berpaksikan al-Quran dan Sunnah baginda Rasulullah s.a.w. 
 
Akhlak terhadap Rasulullah s.a.w.
Iaitu keimanan dan kepercayaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul dan nabi terakhir seperti yang ditegaskan oleh al-Quran, membenarkan risalah yang dibawa kepada umat bagi menyatakan konsep 'Amar Makruf Nahi Mungkar' tanpa mengira batas sempadan kaum, bangsa, kedudukan, pangkat, jantina dan sebagainya, semuanya sama di sisi Allah, kerana yang paling bertakwa adalah yang paling mulia di sisi-Nya. 
 
Akhlak terhadap kitab Allah (al-Quran)
Sesungguhnya al-Quran adalah rujukan utama kepada ahli-ahli gerakan Islam, ia dapat dijelmakan melalui pembacaan, penghayatan, kajian, penghafazan jika mampu lakukan atau menghafaz surah-surah tertentu yang sering dibaca oleh orang awam dan mentafsirkannya dengan pendekatan yang mudah difahami oleh golongan sasaran, ia bertujuan bagi menarik mereka kepada jalan hidup Islam yang sempurna.
Ini kerana al-Quran seperti apa yang pernah disampaikan oleh baginda sendiri, bahawa di dalam al-Quran ada menceritakan kisah orang-orang terdahulu daripada umat hari ini dan berita mengenai kehidupan di alam akhirat, ia memberi maksud bahawa kitab suci itu amat berguna untuk pegangan ahli-ahli kerana ia mampu menginsafkan mereka di samping menetukan hala tuju hidup terakhir untuk menuju jalan menemui Allah SWT.
Ahli gerakan Islam perlu tahu tafsir al-Quran dengan baik, kerana ia terbahagi kepada tafsir al-Ma'thur sama ada tafsir ayat dengan ayat yang lain, atau tafsir ayat yang diperjelaskan oleh hadis Nabi, tafsir bi ar'yi al-Mamduh aitu tafsir dengan menggunakan pendapat yang boleh diterima seperti kitab tafsir yang dibuat oleh kedua-dua Tuan Guru Mursyidul Am dan Presiden PAS, tafsir Hamka, tafsir Ustaz Sonhaji Mohammad al-Ibr al-Athir dalam bahasa Melayu, Saiyid Qutb yang ditrerjemahkan dalam bahasa Melayu oleh al-marhum Yusuf Zaki Yaakob dan lain-lain. 
 
Akhlak terhadap Sunnah/hadis Rasulullah
Hadis adalah perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasul s.a.w. dan apa yang disandarkan kepada Rasul s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya. Hadis atau Sunnah Rasul s.a.w. adalah sumber rujukan kedua selepas al-Quran.
Sebagai ahli gerakan Islam, mereka perlu melihat bahawa hadis atau sunnah Nabi Muhammad penting dalam kehidupan rutin harian, iaitu mereka perlu menghafaz beberapa hadis penting sebagai rujukan hujah ketika menyampaikan mesej dakwah kepada orang ramai.
Mereka juga perlu menguasai perkara yang berkaitan dengan hadis atau sunnah seperti mengetahui imam-imam tersohor agak tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pihak musuh yang berselindung dalam kelambu orang Melayu. Imam-imam itu adalah seperti Imam Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Ibnu Majah dan Nasa~ie disamping Imam Baihaqi, Tabarani, al-Hakim dan lain-lain, begitu juga menguasai ilmu 'Ulum al-Hadis' dengan mengetahui istilah hadis sohih, do'if, mutawatir, mursal, maudo' (palsu) dan lain-lain. 
 
Akhlak sesama jiran tetangga
Ia juga merupakan pendekatan Nabi Muhammad s.a.w. dengan memelihara jiran tetangga walaupun mereka bukan beragama Islam, ini adalah kerana mereka juga merupakan makhluk manusia yang mempunyai hati dan perasaan yang sama dengan kita.
Ahli-ahli gerakan Islam adalah disaran agar memiliki ciri mesra alam dengan sesiapa terutama jiran tetangga, dengan tidak diri atau isteri mendedahkan aurat ketika berinteraksi dengan mereka kerana ini boleh menghilangkan sedikit rasa tidak percaya mereka kepada diri dan menjejaskan potensi untuk mengajak mereka kepada Islam secara praktikal.
Layanilah mereka dengan santun dengan tidak mengguris perasaan mereka walaupun mereka tidak menerima dakwah yang kita syorkan kepada mereka, apatah lagi mereka tidak sinonim dengan masjid atau program surau yang berbentuk kemasyarakatan dan ilmiah. Ahli perlu bersabar terhadap keranah mereka sebagai menyahut seruan baginda s.a.w. yang bermaksud: "Seorang mukmin yang bercampur/bergaul dengan orang ramai dan bersabar terhadap karenah-karenah mereka adalah lebih baik daripada mukmin yang tidak bercampur/bergaul dengan orang ramai dan tidak bersabar terhadap karenah-karenah mereka." 
 
Akhlak terhadap orang ramai
Ia satu lagi akhlak yang perlu dititik-beratkan oleh ahli gerakan Islam, iaitu menjadikan orang ramai sebagai medium untuk menyampaikan mesej dakwah. Tetapi apapun sebelum melakukan tugas atau usaha dakwah itu, ahli perlu menguasai ilmu-ilmu alat di samping menyelami kehendak mereka bagi memudahkan kerja-kerja dakwah dengan tidak menghalalkan cara yang salah untuk sampai kepada matlamat.
Usaha dakwah terhadap orang ramai perlu menunjukkan sikap dan akhlak terpuji, apatah lagi ia tidak kelihatan menyanggah sunnah-sunnah Rasululla s.a.w. seperti menghisap rokok, minum atau makan berdiri, memakai pakaian yang tidak dianggap sopan menurut pandangan orang ramai.
Ia bertujuan untuk sampai kepada matlamat sebenar penciptaan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, sekali gus menaikkan taraf mereka sebagai sebaik-baik umat seperti yang ditegaskan Allah melalui ayat 110 surah Ali 'Imran yang bermaksud: "Kamu adala sebaik-baik umat yang dikeluarkan kepada umat manusia sejagat, dengan menyuruh mereka melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah." - arkib harakahdaily.net

Saturday, 22 January 2011

Semut Dalam Al-Qur'an..

Assalam.. Pekabo teman-teman di luar sana? Harapnya sihat sentiasa.. Wakpe weekend nih? Jangan lupa untuk diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Hari ni Mie nak share satu lagi cerita berkenaan dengan haiwan yang diambil dari Al-Qur'an. Jom!

There is a surah in the Qur'an called ‘The Ants’ or an-Naml. Allah tells the story of Prophet Sulaiman in this surah. Allah tells us how the ants were afraid of Sulaiman and he heard an ant telling the other ants to get into their holes before he crushed them all. 
 
Even the Prophet (peace be upon him) mentioned ants. He said that "Allah said, 'Who are most unjust than those who try to create something like My creation? I challenge them to create even a smallest ant, a wheat grain or a barley grain.' " Even an ant which is so small cannot be created by anyone other than Allah. Maybe you've heard of scientists who have 'made' animals like sheep, but remember that they didn't make them from nothing, they had to have another animal to start with. But Allah created even the ants from nothing.

Allah is the Creator... He is the only one who can create everything from nothing. He is the one who created all the animals and the human beings and all the universe... even the small ants.

The Prophet, salallahu aleihi wa salaam, also said that the ants (and the fish and all the animals) make du'a for the person who tries to learn more. So if you are always trying to learn Islam for example, even the ants will ask Allah to forgive you and reward you. Even the ants. So let's always learn Islam together.

And finally the Prophet, salallahu aleihi wa salaam, said that we should not burn the houses of ants, only Allah should punish with fire. Never ever punish anything or anyone with Fire. Only Allah will punish the ones who make sins with fire.. .so do not burn the houses of ants or other animals. Have you ever watched ants? They're very busy animals and they are known for working very hard. Ants belong to the insect family and live together in communities just like people do. These communities are called colonies.

Ants are very good at working together. If you watch a colony of ants long enough you might see some ants all helping each other to carry something which is bigger than all of them. They help each other and they are nice to each other. We should learn from ants. They'll be marching along like an army. Even Muslims are told by the prophet (peace be upon him) to help each other and be nice Muslims... so we all have to be nice to each other and help each other inshaAllah.

Male ants have wings but female ants don't. Most female ants are worker ants but some don't work, their job is to have baby ants. Ants don't live very long and many get killed by people or bigger animals walking on them. Ants are also eaten by many other animals so they need to have lots of young to keep their communities going.

Ants live in anthills which are full of tunnels. If you see one you'd better not look too close and make sure you don't sit on it! And, of course, always remember that they are part of Allah's creation and we shouldn't kill or harm them unless we have good reason to.

And Finally, remember...when you see an ant... think of how Great Allah is ... He created the ant.... so small... but no one can create even that small a thing. So when you see an ant.. remember Allah Subhanahu wa ta'ala who created us all.

Wednesday, 19 January 2011

I'm Done What Should I Do Long Time Ago...

Assalamualaikum kepada teman-teman.. Harapnya sihat sahaja hendaknya.. Mie tak tahu lah nak cakap sihat atau tak. Tapi kurang la sket.. Pe pun insya allah still standing..hihi

Hari ni dalam sejarah, Mie akhirnya buat apa yang patut Mie buat lama dah.. Walaupun tak tahu nak cakap camne perasaan nih, tapi Mie tetap jugak kene buat.. Bukan kerana lain tapi kerana Allah, untuk mengharapkan keredaanNya..

Ya Allah, aku memohon kekuatan dariMu...

Sunday, 16 January 2011

Usrah Dan Rukunnya..

Assalam.. Pekabo teman-teman? Harapnya semua sihat dan sentiasa dalam lindungan serta rahmat dari Allah.. Hari ni Mie nak berkongsi sedikit pengenalan berkenaan usrah. Teman-teman ada join usrah tak? Kalau nak kenal apa itu usrah, Mie boleh terangkan sedikit sebanyak. Jom!
 
Mie rasa tidak perlu diterangkan lagi apakah definisi usrah namun apa yang Mie nak terangkan di sini adalah dari kefahaman Mie sendiri. Usrah sebenarnya bukan sahaja suatu perjumpaan atau pertemuan di dalam bentuk halaqah namun ia sebenarnya lebih daripada itu. Usrah ini sebenarnya satu ikatan yang diikat atas ukhuwah yang disandarkan kepada Allah (ukhuwah fillah) dimana bukan sahaja ikatan yang hanya terikat di dalam sesi halaqah sahaja malah sepanjang masa.

Matlamat usrah sebenarnya bukanlah untuk melahirkan alim ulama tetapi fokus utamanya adalah pembinaan dan ikatan ukhuwah agar kita sentiasa didampingi oleh sahabat-sahabat yang mampu membawa kita kearah kebaikan. Analoginya adalah kambing yang terpisah dari kawanannya akan mudahlah dibaham oleh serigala. Tidak seperti kambing yang hidup di dalam kawanannya akan lebih terjamin keselamatannya.

Seperti yang Mie katakan tadi, sesi usrah bukan hanya berkisar di dalam bentuk halaqah sahaja malah boleh juga dikembangkan ke dalam aktiviti-aktiviti lain seperti berriadah, berkhemah, rehlah, makan-makan dan sebagainya. Sebenarnya aktiviti-aktiviti seperti ini akan lebih mendekatkan ahli usrah dengan kumpulan usrahnya malah akan lebih berkesan berbanding perjumpaan dalam bentuk halaqah.
 
Rukun Usrah
 
1. Taaruf. 
Taaruf bermaksud berkenalan secara mendalam hingga menimbulkan kasih sayang dengan tujuan al-hubbufillah. Firman Allah: 

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara ....."  

Dan Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: “Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain laksana satu binaan, saling kuat menguat antara satu dengan yang lain”

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Kami mengasihi saudara kerana dia adalah saudara pada jalan Allah. 

Di samping itu sikap mahabbah mesti dibuktikan dalam amalan dan penghayatan bukan sekadar teori semata-mata. At-Taaruf ialah kenal mengenal dari bab mufa'alah (daripada dua belah pihak) salbi dan i-jabi (memberi dan menerima)--kenal yang benar-benar, tahu selok-belok tentang saudara kita, supaya kita membuat dan bertindak untuk mengarah sesuatu yang sesuai dengannya.

 
2. Tafahum. 
Tafahum maksudnya bersefahaman. At-tafahum daripada bab mufa'alah juga, bertujuan supaya usrah membuahkan suatu sikap, satu tindakan daripada sama-sama faham, sama-sama beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah, tunduk kepada kebenaran, muhasabah diri, muhasabah sama-sama jemaah dan disusuli dengan nasihat menasihati antara saudara (ad-Dinul nasihah). Awas jangan sama sekali nasihat menasihati ini menimbulkan apa-apa perasaan yang tidak senang kepada satu sama lain, baik yang memberi atau menerima, cuba renungkan hadith di atas.


3. Takaful. Rukun ini merupakan dasar membela nasib sesama sendiri, supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar nasibnya tidak terbela. Maksud rukun ini ialah anggota usrah hendaklah mengambil berat masalah-masalah yang dihadapi oleh saudaranya. Takaful ini merupakan pancaran pekerti yang dilahirkan daripada keimanan, dan merupakan inti sari daripada ukhuwah yang murni.
 
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan.

Dan sabdanya lagi, maksudnya: Sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga muslim, maka Tuhan tidak melihat balasan kepada selain syurga.

Inilah gambaran besar atau kecilnya at-takaful dalam Islam bagi rukun usrah ketiga.

Oklah insya allah di lain masa Mie akan terangkan pula adab-adab di dalam usrah dan sebagainya. Selamat berusrah!

Saturday, 15 January 2011

Women In Islam..

Assalamualaikum.. Pekabo teman-teman? Lama tak update blog, sebab masalah internet yang masih tak selesai lagi ditambah pula kesibukan yang makin memuncak..huhu.. Hari ni Mie nak kongsi dengan teman-teman bagaimana kedudukan wanita di dalam Islam. So, jom travel!
 
Sejak dahulu isu wanita merupakan satu isu yang cukup besar. Wanita dipandang sebagai insan yang lemah, hanya alat kepada lelaki dan 'no talk'. Sejarah memperlihatkan wanita dihina dan diperlekehkan sehina-hinanya sehingga bayi perempuan ditanam hidup-hidup pada zaman jahiliah. Cukup hiba dan sedih bila kita kenangkan jika semua itu masih berlaku kini. Namun Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw telah mengangkat martabat wanita setinggi-tingginya. Ketika semua orang memperlakukan wanita dengan sewenang-wenang, Islam telah memberikan pembelaan secara terang-terangan.

Berikut hadith-hadith mengenai wanita:

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Sekian, Wallahu a'lam. - muslimeen-united.blogspot.com

So siapa-siapa yang cakap islam tu merendah-rendahkan wanita, sebenarnya dia buta apa itu islam. Mana-mana wanita yang terasa hina dan terkongkong oleh islam sebenarnya dia terkongkong dengan hawa nafsunya sendiri.. for all girls and women, LET'S BE TRUE MUSLIMAH!!!

Saturday, 8 January 2011

Azam Tahun Baru 2011..

Assalamualaikum kepada teman-teman. Harapnya masih lagi bersemangat dalam menempuh tahun baru 2011. Biasanya tahun baru akan mendatang dengan azam yang baru. Jadi bagaimana dengan anda? Sudahkah memulakan langkah untuk mencapai azam yang baru berusia seminggu? Info yang Mie dapat daripada sebuah akhbar menyatakan ramai yang dapat mengekalkan azam baru hanya dalam tempoh seminggu! hehe

So bagaimana nak kekalkan azam baru nih? Jom kita cuba sama-sama tips ni.. Ni Mie buat sendiri tau..hehe

1. Tulis azam baru kita kat mana-mana tempat yang mudah untuk kita lihat. Contohnya kat pintu dan halaman buku. Boleh juga kalau dibuat wallpaper untuk laptop atau handphone. Masa Mie kecil-kecil dulu pernah Mie buat poster cantik-cantik dan masukkan azam baru dan kata-kata semangat. Lepas tu gantung dalam bilik..hihi

2. Cuba buat sasaran, bila nak capai azam baru. Contohnya dalam masa 3 bulan ke, 5 bulan ke atau setahun terus. Tempoh waktu ni pula bergantung kepada azam yang kita buat lah. Contohnya azam nak berhenti merokok, mungkin hanya memerlukan masa 3-4 bulan sahaja.

3. Buat perancangan bertulis. Cuba kita fikir dan tulis langkah-langkah yang perlu diambil beserta tempoh pelaksanaan sekali. Sesudah itu, analisa kembali mana yang perlu dan paling sesuai dengan kemampuan dan situasi kita. Kalau bahasa dakwah, mengikut waqi'..hehe

4. Selesaikan azam satu persatu. Azam yang telah dibuat mestilah disusun satu persatu mengikut keutamaan untuk dilaksanakan. Jadi akan lebih mudah lah untuk kita laksanakan nanti..

Oklah nilah sikit tips yang dapat Mie share.. Selamat beramal... (^_^)

2011: Bersediakah Aku?

Alamak, dah masuk 2011 dah! Pejam celik-pejam celik, dah habis setahun. Tah apalah yang Mie buat dalam setahun yang lepas. Adakah lebih baik dari tahun-tahun yang sudah? Masih lagi menganalisa dan setakat hari ini, alhamdulillah ada peningkatan. Dah nama pun manusia yang berakal, mestilah perlu ada peningkatan kan? hehe..

Buku baru 2011 dah terisi tujuh hari. Tujuh hari yang menjadi 'kandungan' kepada buku tahun ini. Mie ada banyak perkara yang perlu dibuat dan dijalankan. First, my study laa.. Intro yang Mie dapat, this semester will be wild.. Masakan tidak, list untuk semester pertama tahun ini adalah:

- Praktikum
- Penganjuran KOT IPGKKB
- Penganjuran sukan dan permainan tradisional
- Lawatan ke pusat sukan dan kesihatan
- 6 subjek yang memerlukan peningkatan usaha untuk CGPA yang lebih baik

Huhu.. Tu tak termasuk kerja-kerja wajib cam presentation, tutotial, homeworks dan lain-lain..

Tambah menggila, pelajaran math bermula semester ni akan dijalankan dalam bahasa melayu. Namun untuk kelas Mie akan dijalankan dalam dwi-bahasa sebab lec Mie tu cina. So dia lebih prefer untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Tapi dalam kuliah, dua-dua bahasa bercampur melahirkan bahasa baru iaitu 'Malaylish'..hehe.. Punah habis ler bahasa-bahasa nih..
 
Tambah pula persatuan dan organisasi Mie tahun ini dalam usaha untuk mencapai visi kecemerlangan berorganisasi yang mempunyai empat misi yang perlu dilaksana dalam berbagai-bagai program dan aktiviti.. Semuanya memerlukan perhatian Mie sebagai AMT organisasi..

Yang menjadi mimpi ngerinya adalah kemampuan Mie untuk memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap semua ini di tambah kekangan kewangan dan perbelanjaan yang dijangka melambung tinggi. Lagi kritikal kalau kerajaan terus menaikkan harga petrol dan barangan lain..huhu..

Cakap sal kewangan nih, tahun nih adalah tahun permulaan Mie untuk cuba kumpulkan simpanan. Setakat ni simpanan kosong je..huhu.. Tinggal dua tahun lagi Mie oi.. Tah camne la nak cari nih.. Kalaulah duit tu bergolek je datang kan best.. Kalau kene panjat pokok untuk petik pun Mie sanggup.. Tapi mana ada kat dunia nyata nih.. Khayalan boleh la..hehehe
So nak tak nak, Mie kena mula dari sekarang untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi hari mendatang yang dilihat penuh liku dan dipenuhi onak dan duri. Sedia selengkapnya dalam rohani, jasmani dan mental! Cuba untuk memflaksibel dan mencairkan diri sebaik mungkin untuk melalui lorong-lorong sempit yang mungkin adalah peluang-peluang yang datang hanya sekali dalam seumur hidup.

Insya allah, we strike foward and together!

Friday, 7 January 2011

Salam 2011!

Assalamualaikum kepada semua teman-teman. Alhamdulillah kita masih lagi dipanjangkan umur untuk menghirup kehidupan di tahun 2011 ini. Permulaan tahun baru yang penuh perubahan dan bakal menyaksikan lebih banyak perkara yang mungkin tidak kita jangka akan berlaku.

Pe pun, selamat tahun baru kepada semua walaupun dah nak habis seminggu dah.. Mie sekarang ni susah sket nak update blog sebab baru berpindah ke rumah sewa yang baru. Jadi internet masih lagi tidak dapat berfungsi.. huhu..

Oklah, jumpa lagi.. Assalam.. (^_^)