Tuesday, 29 June 2010

Apa Korang Tahu Pasal Perlawanan Bola sepak?


Salam.. Semalam Mie ke rumah sewa kawan. Saja buat-buat sibuk tengok bola. Yela sekarang ni musim bola sepak la katakan.. Mie tengok bola pun takde la semangat sangat. Mie minat nak tahu result je. Dengan kata lain tengok highlight lagi best..hehehe. Tapi Mie semangat tengok suasana bola sepak tu sendiri.

First, perlawanan bola sepak tu wujud disebabkan wujudnya bola sepak dan matlamatnya nak masukkan ke dalam gawang gol. Lepas tu pulak kena jaga gawang sendiri., jangan bolos. Pasukan yang dapat memasukkan bola sebanyak mungkin akan dikira sebagai pemenang. Simple je tapi dari situlah lahirnya keghairahan bermain bola tu sendiri.

Keghairahan itu pula mempunyai daya tarikan untuk menarik penonton yang cukup ramai dari segenap lapisan masyarakat. Tak dapat tonton live dari dalam stadium, dalam tv pun layan.. Dari visual kat tv tu, dapat lihat pemain menggelecek bola dengan pelbagai teknik dan tektik. Dari sound kat tv tu pulak , dapat dengar bunyi macam tebuan terbang ramai-ramai. Mesti korang tak perasan. hehe..

Nasib baik setiap pemain tu tak diberi mike untuk bercakap. Kalau tak mesti dah cam drama je.. Haha.. Pe pandangan korang?

Depan tv tu pulak, berbondon-bondon penonton yang datang. Ada yang duduk atas kerusi, ada yang duduk bersila, ada yang menyandar kat dinding atau tiang, ada yang berbaring dan ada jugak yang meniarap, dah macam buaya Mie tengok.. Hehehe.. Yang paling best, akan ada je makanan yang tanpa segan silu melalui setiap penonton. Dari kacang tanah yang masin tu, hinggalah kepada roti berais krem. Semua layan..hehe

Kat kedai makan lak, kalau time game-game besar cam piala dunia ke, piala juara-juara eropah ke, mulalah penuh dengan pelanggan. Kadang-kadang tu tak pernah tengok pun mamat tu sebelum ni datang kat kedai. Tapi bola punye pasal dah jadi pelanggan setia. Menu biasanya Tea O ais, Tea panas atau sirap. Tapi nak habiskan air tu, kene lah jugak dekat 2jam. Sebab bola main 90 minit tambah masa rehat 15 minit. Pening tokey kedai tu..hehehe

Begitu la lebih kurang sal perlawanan bola sepak ni. So sape-sape nak rase sendiri, korang try la kat mana-mana yang ada perlawanan bola sepak.. hehe.. Salam..

Sunday, 27 June 2010

Perubahan Di Semester Baru


Salam.. Hari ni Mie dah masuk semester baru di Kampus Mie. Semester ni banyak perubahan yang berlaku. Bermula semester ni, Mie akan tinggal di luar asrama, di rumah sewa. Hari ni Mie masuk rumah. Oklah rumah tu cuma agak mahal sket tapi oklah. Lepas tu Mie telah dilantik secara giliran untuk memegang jawatan ketua kelas untuk kelas Mie. So makin bertambahlah kerja sibuk Mie..huhuhu

Jadi mulai saat ni Mie kene lebih berjimat. Camne er? Itu yang menjadi persoalan pada Mie. Namun peluang masih terbuka dan insya allah bila semua dah reda sket, Mie akan mula berfikir. Mungkin dalam seminggu dua ni, tak dapat nak fikir lagi. Sebab sibuk dengan perbagai kerja-kerja dan masih terasa kejutan perubahan baru ini.

Kepada sahabat-sahabat diluar sana, doakan Mie, semoga Mie dapat menghadapi semua ini dengan baik. Perubahan yang agak mengejut namun Mie still ok lagi..Hihihi

Huh!

Huh!

Huh!

Horey!!!!!

Saturday, 19 June 2010

Yang Hilang Silih Berganti..

Salam.. Hari ni hari terakhir Mie kat rumah untuk cuti pertengahan tahun ni.. Petang esok Mie akan berangkat ke program selama lima hari. Aduh malas betul rasenya nak pergi. Namun itulah tanggungjawab yang harus dipikul demi agama tercinta. Ikatan taat setia takkan Mie lupa. Insya Allah..

Dunia perjuangan Islam masih menangisi kehilangan salah seorang pejuang yang telah lama berkorban harta, kesenangan dan kemewahan, Ustaz Hassan Shukri yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Mie pernah berjumpa dengan allayarham semasa berkunjung ke rumahnya di Taman Melawati, Gombak. Orangnya kecil sahaja. Lebih kurang Tok Guru Nik Aziz je. Masa Mie jumpa hari tu, dia sedang mencangkul rumput-rumput disekitar Markas Tarbiyah tu. Tak terlintas Mie dia merupakan bekas timbalan presiden dan bekas naib presiden, dek kerana perwatakan yang cukup sederhana dan simple itu.

Namun itulah kekuatan yang ada pada allayarham. Mie ada juga terbaca dalam Muslimeen United dan Harakahdaily berkenaan perjuangan allayarham. Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah memanggilnya sebagai arkitek tak bertauliah yang telah melakar rangka pembinaan Markas Tarbiyah PAS Pusat di Gombak. Allayarham juga merupakan pereka bendera PAS yang mana allayarham mengambil inspirasi daripada penutup dakwah. Labih senang untuk dibuat katanya dan amat fleksibel sama ada bendera tersebut akan diletakkan secara berdiri atau melentang, bentuk bulan yang bulat itu tetap sama.

Allayarham jugalah yang telah menjadi salah seorang penggubal Perlembagaan PAS yang sehingga hari ini masih digunakan oleh setiap ahli PAS dalam menjalankan gerak kerja dan pentadbiran. Cukup banyak jasa dan pengorbanan allayarham telah taburkan. Tinggal lagi kami generasi yang masih baru dalam medan perjuangan ini untuk teruskan perjuangan yang telah ditinggalkan oleh pejuang-pejuang terdahulu.

Yang hilang silih berganti, itulah yang dapat Mie nyatakan. Insya allah, pejuangan ini tidak akan mati, selagi agama Allah tidak tertegak di muka bumi Malaysia ini. Selagi kemungkaran terus bermaharajalela dan kezaliman bertindih-tindih menindih yang lemah, perjuangan akan diteruskan. Insya Allah..

Kami mengerti, perjuangan masih jauh dan penuh dengan onar duri yang sentiasa berusaha meracuni dan melukai kami. Namun inilah perjuangan kami. Perjuangan Amal Makruh Nahi Mungkar..

Thursday, 17 June 2010

IQ + EQ + SQ



" Semangat je berkobar-kobar, cakap berdegar-degar tapi tak otak xde, xguna! baik tak payah jadi pemimpin!"


Terkedu hadirin yang hadir dalam satu sesi ceramah yang aku hadiri baru-baru ni. Pedas tol ayat si penceramah tu. Cam tercucuk batang besi kat kepala. hihi.. Tapi bagi aku, memang betul apa yang diutarakan oleh penceramah tersebut. Kepimpinan bukan sekadar setakat semangat, cakap tetapi yang lebih besar bagaimana untuk mensebatikan diri dan beramal dengan nilai kepimpinan.


Pemimpin merupakan elemen yang penting dalam memacu sesuatu organisasi dengan lebih berkesan dan kuat. Mana mungkin suatu organisasi dapat bergerak dengan baik dan berkembang dengan pesat sekiranya memiliki pemimpin yang lemah. Teringat aku pada cerita naruto, pasal dia nak jadi hokage.


Sejak dari kecil dia amat bersemangat untuk menjadi seorang hokage dan sentiasa bercakap besar ( sape-sape yang follow cite anime ni mmg tahu la.. ). Ketika itu dia cukup bersemangat namun masih jauh untuk menjadi seorang hokage. Ini kerana tugas hokage bukan sahaja memimpin kampungnya malah turut melihat masa depa kampungnya. Kita dapat lihat hokage-hokage yang sebelumnya amat hebat bukan sahaja dari segi semangatnya sahaja tetapi juga kemahiran-kemahiran teknik ninja yang terulung. Malah mereka juga memiliki perwatakan yang baik dan sesuai dengan seorang pemimpin.


Di dalam cerita tersebut, melalui konteks kehidupan sebenar, aku dapat melihat ia bertitik tolak daripada tiga elemen penting iaitu IQ (intelligent) , EQ (emotion) dan SQ (spiritual). Ketiga-tiga komponen ini amat penting dalam membentuk manusia yang stabil dalam kehidupannya. Begitu juga dalam konteks kepimpinan. Setiap komponen ini memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suatu anjakan yang cukup mantap.


Sejarah telah membuktikan apabila salah satu elemen ini tidak diberi perhatian, ia akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dan kemunduran. Sebagai contoh, dalam konteks kehidupan, sesorang yang hanya memiliki IQ yang tinggi sudah pasti seorang yang bijak namun belum tentu juga baik dalam aspek menguruskan emosi dan amanah dalam menguruskan kerja. Begitu juga orang yang hanya pandai menguruskan emosi, amanah belum tentu mampu menjadi pemimpin yang bijak.


Hari ini kita dapat melihat zionis yahudi dapat menguasai dunia dengan menguasai elemen IQ. Mereka dapat berfikir untuk menguatkan kekuatan mereka dalam segenap aspek sama ada kekuatan ekonomi mahupun ketenteraan. Kita sedia maklum siapakah yang menguasai kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat, stesen penyiaran utama dunia BBC dan pentas Hollywood hari ini? Tidak lain adalah yahudi-yahudi yang berada di seluruh dunia. Mereka juga bijak mengatur strategi dalam memerangi orang islam di seluruh dunia sehingga setiap dosa yang dilakukan oleh yahudi ke atas umat islam kini hanya dipandang sepi oleh masyarakat islam sedunia. Namun mereka gagal dalam membentuk peribadi dan sikap yang mulia kerana hanya mementingkan penguasaan IQ.

Begitu juga dengan masyarakat asli di kawasan pendalaman. Mereka lebih mementingkan aspek sosial (SQ) sahaja tanpa seiring dengan IQ dan EQ. Kesannya adalah merek ketinggalan dalam pembangunan dan peningkatan taraf kehidupan dalam pelbagai aspek seperti aspek ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan politik. Malah mereka selalu ditindas dan tertipu dalam tipudaya moden sama ada dari pihak asing mahupun pemerintah sendiri.

Justeru itu, umat islam hari ini mestilah menguasai ketiga-tiga elemen tersebut dalam menyusuri perjuangan yang masih panjang ini. Kemenangan islam pasti akan berlaku dan itulah janji-janji Allah. Namun jika umat islam masih dibelenggu dengan wabak cintakan dunia dek kerana gagal untuk memahami dan menguasai ketiga-tiga elemen ini, mana mungkin islam akan dimenangkan oleh Allah. Sekian, wassalam

Tuesday, 15 June 2010

Kehidupan yang kompius..Kompius?

Salam.. Mie baru je balik dari makan mee rebus kat kedai di Kampung Padang Air. Mana tu Kampung Padang Air? Orang Kuala Terengganu je yang tahu..hehehe. Jam dah kol 11.06 malam. Namun Mie masih tak tahu nak tulis pe. Kompius betul rasa. Banyak sangat yang nak tulis sampai tak tahu nak tulis pe. huhu ni satu penyakit ni..

Hari ni hidup terasa sekejap je. Paginya hantar adik Mie ke UMT untuk menghadiri satu bengkel matematik. Matematik, salah satu subjek yang Mie rasa nak sepak-sepak je. Memang kureng sikit bab matematik ni. Tapi tah mengapa, dah takdir Ilahi, subjek ni la yang Mie sedang hadam sekarang dalam proses nak jadi seorang cikgu matematik. Dunia oh dunia..

Lepas tu balik bedal nasi lemak mak Mie sepinggan. Sedap tapi pedas sikit. Mie ni alahan sket pedas ni. Terus sakit perut dan membuat pelaburan di dalam tandas..hehe.. Lepas tu mengadap lap top, menyambung kerja-kerja yang masih tak nak siap sambil mesej dengan si Dia Mie. Tapi tak lama sebab dia ada kerja. Mie pun sambung kerja lagi.

Lepas solat zohor di masjid, tolong ayah mi baiki kereta. Mi pun tak faham. Ayah mi punye la suka bab-bab baiki kereta ni. Tapi Mie lak punye la tak suka. Satu lagi perkara yang mengkompiuskan mi. Tapi takkan nak tengok je ayah baiki sorang-sorang. So tolong la.. Sedar-sedar dah jam 5 petang. Lepas basuh tangan, bedal lagi nasi lemak pagi tadi.. hehe

Baru je nak niat nak solat asar, adik Mie kat UMT lak call mintak jemput dia sana. Lepas balik tu baru solat. Lepas solat mesej si Dia jap sebelum margrib sambil baca online paper. Dah masuk waktu tu, terus ke bilik air untuk mandi. Solat jap dan baca Al-Qur'an, tengok berita jap sebelum masuk isyak. Lepas solat isyak, baru ke kedai tu dengan family.

Satu lagi yang sedang mengkompiuskan Mie. Dalam tulis-tulis kat blog ni, nak guna bahasa biasa ke atau bahasa betul? Nak guna 'Mie' atau 'aku' untuk ganti diri Mie? Hmm.. Oklah, ayah Mie nak guna lak berukbang ni.. Salam..

Monday, 14 June 2010

Cerita Dari Johor-Melaka: Non-Bumiputera Vs Melayu


Salam. Hari ni Mie nak sambung cerita journal mi ke Johor dan Melaka. Kita sedia maklum, populasi non- bumiputera atau bukan bumiputera di kawasan pantai barat lebih ramai berbanding di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Keadaan ini sedikit sebanyak telah melahirkan suatu suasana yang penuh warna-warni dengan pelbagai corak dari pelbagai etnik khususnya melayu, cina dan india. Masing-masing kaya dengan khazanah budaya, kesenian, makanan, bahasa dan pegangan yang berbeza-beza.

Namun semenjak sebelum merdeka lagi, perbezaan ini dilihat sebagai satu ancaman terhadap keharmonian dan kestabilan negara. Sosio-ekonomi, peluang pendidikan, kerakyatan, hak-hak istimewa, kedudukan dalam perlembagaan dan seumpamanya menjadi tajuk perbahasan dan perbincangan yang kadang-kala mencetuskan ketegangan antara etnik. Malahan sehingga kini, isu-isu ini masih hangat diperkatakan seolah-olah tiada lagi jalan penyelesaiannya.

Sepanjang perjalanan, aku dapat melihat, kadang-kala berlaku pertembungan antara etnik namun selalu juga dilihat wujud toleransi antara etnik. Satu ketika Mie dan keluarga berhenti di sebuah bandar untuk solat. Yang menariknya, surau itu hanya bersebelahan dan dikelilingi oleh penduduk-penduduk non-muslim. Namun surau tersebut dilihat tidak mengganggu penganut-penganut agama lain di sekelilingnya. Mereka masih bebas menjalankan kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan. Surau itu pula bersih dari di noda kesuciannya walaupun anjing-anjing berkeliaran. Seolah-olah binatang bertaraf najis berat itu memahami dan menghormati kemuliaan rumah ibadah umat islam itu.

Begitu juga di kedai makan. Masyarakat non-bumiputera tanpa segan silu menjamah makanan di kedai orang melayu. Malah satu fenomena di mana kedai makan orang melayu lebih ramai pelangan non bumiputera berbanding orang melayu sendiri. Malah kedai orang cina sendiri pelangannya tidak seramai di kedai orang melayu. Nasi lemak, mee goreng nasi goreng dan kuih-muih orang melayu disantap tanpa sedikitpun wasangka.

Namun mengapa kita lihat hari ini orang melayu merasakan seolah-olah mereka dalam bahaya? Merasakan seolah-olah negara akan ditawan oleh non bumiputera dan mereka akan merempat di tanah air sendiri? Pada pandangan Mie ini semua berlaku kerana tiada tali pengikat yang kukuh yang mengikat semua etnik di negara kita. Masing-masing lebih mementingkan kaum masing-masing, menebal sikap perkaumannya. Perasaan dengki dan cemburu akan pencapaian dan kelebihan kaum lain seolah-olah menjadi barah dan terus berakar umbi dalam pemikiran setiap generasi.

Tidak dinafikan hari ini orang melayu masih ketinggalan di dalam semua aspek kehidupan. Bukan sahaja dalam aspek ekonomi, malah aspek-aspek lain seperti kesukanan, politik, pekerjaan, golongan profesional dan pendidikan masih jauh dari tahap yang memuaskan. Orang melayu juga mencatatkan peratusan yang tinggi di bawah taraf kemiskinan khususnya di kawasan luar bandar. Di bandar pula orang melayulah yang menghuni kawasan-kawasan setinggan, flat-flat murah yang bukan merimaskan malah teruk dalam pembangunan prasarana dan kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik. Penglibatan orang melayu dalam masalah jenayah dan gejala sosial juga turut membimbangkan.

Mengapa ini terjadi?

Tidak lain tidak bukan kerana sikap orang melayu itu sendiri. Sikap sambil lewa dan selalu mengambil mudah dalam melakukan sesuatu akhirnya memakan diri sendiri. Oleh kerana mempunyai hak-hak istimewa, pelbagai kelebihan dan subsidi, orang melayu dilihat mula naik lemak dan hanyut dalam dunianya sendiri. Pemimpin-pemimpin melayu pula hanya bijak dan genius dalam memenuhkan poket sendiri dan keluarga. Banyak peruntukan dan perancangan seperti DEB, RMK dan peruntukan khusus untuk bumiputera tidak sampai ke sasaran kerana masalah ketirisan dan korupsi yang serius dalam proses pelaksanaan dan pengagihan. Yang kaya bertambah kaya manakala yang miskin terus mengais sisa-sisa tinggalan sang kaya.

Apabila dilihat etnik-etnik lain mula membina empayar dan kejayaan, orang melayu mula melenting dan mengamuk. Bermulalah timbul isu orang melayu mengemis di negara sendiri, ketinggalan dalam sektor ekonomi dan taraf hidup yang rendah. Maka isu-isu ini diambil kesempatan oleh pemimpin-pemimpin orang melayu untuk menjadi hero dalam memperjuangkan nasib orang melayu. Padahal mereka lah punca orang melayu berada dalam keadaan hari ini. Orang melayu sendiri juga silap dalam memilih pemimpin mereka untuk diangkat dalam memperjuangkan nasib mereka.

Orang melayu sepatutnya bangun bukan untuk memukul etnik lain tetapi bangun dari mimpi indah hasil dari bantal dan kain yang dihulur oleh pemimpin kini. Bina kekuatan dan kukuhkan perpaduan bukan kerana semangat nasionalisme dan banggakan bangsa sendiri tetapi kerana agama yang kita sama-sama pegang dan beramal. Begitu juga dalam menjalikan hubungan dan ikatan dengan etnik-etnik lain. Jalinan itu mestilah lahir dari perasaan cintakan keamanan dan berlaku adil kepada semua. Lebih manis apabila dipayungi oleh lembaran ayaman antara agama yang mana semua agama didunia ini mahukan keamanan dan cintakan keadilan.

Justeru itu masyarakat yang berbilang kaum ini akan dapat hidup dengan harmoni tanpa wujud lagi perasaan prajudis antara satu sama lain. Hari ini masyarakat yang berbilang kaum ini hanya diikat dengan semangat nasionalisme dan cintakan negara. Ideologi inilah yang melahirkan semangat assobiyyah dan prajudis terhadap etnik lain. Jangan kita lupa, ideologi inilah yang digunakan oleh yahudi dalam menjatuhkan kerajaan khalifah islam terakhir, kerajaan Othmaniyyah Turki dan memecahkan perpaduan umat islam dalam lingkungan negara masing-masing. Sekian, wassalam

Sunday, 13 June 2010

Ada Apa Kaitan ISA Dengan Melayu?

Melayu, suatu perkataan yang amat keramat di bumi Malaysia. Jika dahulu nama melayu amat digeruni oleh seantero nusantara dek kerana keris dan silatnya yang cukup berbisa, kini nama melayu semakin terhakis taring panjangnya. Mengapa?

Mie pulang bercuti di kampung dan sempat bersembang-sembang dengan rakan karib Mie sewaktu bersiar-siar di pantai. Bermula dengan topik-topik hangat di tanah negeri Mie hingga kepada isu nasional. Suatu pandangan menarik telah diutarakan. Menurutnya, " ISA adalah keris orang melayu pada hari ini!". Bukan main terkejut Mie mendengar pernyataannya.

Hujahnya, ISA digunakan oleh pemimpin-pemimpin melayu negara untuk mengawal dan menjaga kestabilan politik negara dari ancaman kaum-kaum lain di Malaysia. Ini disebabkan jika dilihat kepada kiraan parti politik di negara kita, parti utama orang melayu hanya sebanyak dua buah iaitu PAS dan UMNO. Manakala parti bukan melayu lebih banyak iaitu Cina mempunyai 3 buah parti (DAP,MCA,Gerakan) dan India sebuah iaitu (MIC). Parti multiparti tidak dikira iaitu KEADILAN. Ditambah pula akhir-akhir ini orang bukan melayu begitu ghairah mempertikaikan hak-hak orang melayu. Oleh itu, ISA masih releven dan perlu dipertahankan agar orang melayu tidak hilang hak-hak keistimewaannya.

Menurut rakan Mie juga, jika dilihat di zaman Tun Dr Mahadhir, orang bukan melayu tidak berani untuk mempertikaikan hak-hak orang melayu namun bermula di zaman Tun Abdullah Badawi, mereka mula berani bersuara. Ini disebabkan Dr M menggunakan kekerasan (ISA) manakala Pak Lah menggunakan kelembutan (kebebasan bersuara). Dari pemerhatian Mie, pandangan rakan Mie itu tak ubah seperti seorang pemuja Dr M. Sehingga akhir sembang kami, dia masih mempertahankan setiap tindakan Dr M. Mie hanya tersenyum kerana Mie faham, dia tidak memahami sejarah dengan sebaik-baiknya. Hanya melihat sejarah yang digarap oleh mereka-mereka yang pro-Dr M seperti Ibrahim Ali dan sebagainya.

Bagaimana dengan Mie? Pendirian Mie bagaimana?

Yup, setiap hujah yang diutarakan oleh teman Mie itu ada benarnya. Hujah lahir daripada pemikiran, pemikiran lahir daripada perspektif dan perspektif lahir daripada pengetahuan. Itu pandangan teman Mie. Sekarang giliran Mie pula.

Pertama, jika kita lihat hujah pertama teman Mie iaitu ISA sebagai keris orang melayu masa kini, Mie tidak bersetuju. Jika kita lihat kini, ISA sebenarnya digunakan oleh pemerintah untuk mempertahankan kedudukan mereka. Ini termasuk menahan orang melayu sendiri khususnya dari parti yang tidak sebulu dengan mereka. Lihat sahaja operasi lalang yang dijalankan pada tahun 70an dan 80an di mana ISA digunakan untuk menangkap pemimpin-pemimpin pembangkang dan pemimpin-pemimpin UMNO yang bukan dari kem mereka sendiri. Mie yakin teman Mie itu masih belum hadam akan tragedi bersejarah MEMALI. Peristiwa yang mengorbankan ramai pejuang-pejuang Islam dan penentang akta yang bernama ISA!

Jika mahu melayu bangun dan gah semula, Mie yakin pemerintah hari inilah yang patut dimasukkan ke dalam ISA! Merekalah yang menggadaikan maruah melayu dengan mengurangkan kuasa sultan dan raja melayu, menggadai tanah melayu kepada syarikat dan jutawan cina, memencilkan tulisan jawi, memansuhkan pembelajaran sains dan matematik dalam BM, serta banyak lagi pengkhianatan yang sudah tidak terhitung lagi. Jika dilihat di mana kedudukan melayu kini, amat malu untuk ditulis di blog ini. Terlalu ramai anak-anak muda melayu yang hanyut dan leka dengan dunia rempit, bohsia, mat gian, punk, kaki botol, tahik judi dan jahil agama. Anak-anak yang berjaya ke menara gading pula dibebani dengan hutang PTPTN yang tinggi dan peluang pekerjaan yang semakin meruncing. Jasa siapa untuk semua ini? Jasa pemerintah hari ini.

Justeru itu, bagi diri Mie ISA tiada kaitan dengan orang melayu. Perlembagaan yang adil dan utuh sudah cukup untuk melindungi hak-hak orang melayu disamping pemimpin yang bertanggungjawab dan amanah. Ingatlah kata-kata Hang Tuah, Takkan Melayu Hilang Di Dunia.. Jika melayu tahu bagaimana untuk mencorak dunia..

Saturday, 12 June 2010

Cerita Dari Johor-Melaka: Masyarakat FELDA


Salam. Mie baru balik dari satu program. Jadi hari ni baru sempat nak update blog ni. Dalam post yang lepas mi dah janji untuk ceritakan pengalaman mi dalam percutian ke Johor dan Melaka Minggu lepas. Jadi dalam post ni mi cuba untuk ceritakan sedikit sebanyak pengalaman mi di sana.

Dalam perjalanan ke Johor, Mie banyak melalui kawasan ladang kepala sawit. Dalam kawasan ladang kelapa sawit sudah tentu akan ada kawasan penempatan Felda. Mie sering mendengar dan tentu sahabat yang lain juga mungkin mengetahui, terdapat banyak masalah sosial yang berlaku di kawasan Felda. Terdapat berita-berita tentang penagihan dadah, sumbang mahram, kecurian dan keruntuhan akhlak yang sering kita dengar. Timbul satu persoalan mengapa ini semua terjadi? Adakah benar semua berita itu?

Mie mempunyai beberapa orang kawan yang berasal dari masyarakat FELDA. FELDA mana tu biar Mie jela yang tahu. Mereka amat baik, tampak jauh dari masalah-masalah yang digembar gemburkan oleh masyarakat. Malah mereka amat bagus dalam melakukan kerja dan tugasan. Malah mereka juga boleh menjadi rakan yang baik, boleh dibawa berbincang, memahami dan meluahkan pendapat.

Namun ada suatu yang pada pemerhatian Mie, yang mungkin dapat menjawab mengapa masalah-masalah yang ditimbulkan itu berlaku. Pertama adalah kurangnya pemahaman agama dan pengamalan dalam kehidupan seharian. Konsep beragama yang dipegang amat sempit, malah untuk bercakap berkenaan hal-hal agama, mereka sering sahaja mengundur diri. Seolah-olah agama merupakan 'taboo' dalam kehidupan dan tidak boleh dibincangkan.

Inilah merupakan faktor utama, mengapa masyarakat FELDA yang 100% adalah orang melayu tidak dapat memahami konsep-konsep yang dalam Islam yang sebenarnya. Apabila ditimbulkan isu politik di masjid, hukum hudud dan pentadbiran islam contohnya, mereka tidak dapat memahami konsep dan definisi yang sebenar. Apabila tidak memahami perkara tersebut, mereka akan menolaknya kerana takut akan mengugat kehidupan mereka. Ditambah pula dengan provokasi dan maklumat yang salah serta sudah diputar belit oleh pihak yang tidak senang dengan islam, mereka akan mula mengamuk membabi buta tanpa memahaminya terlebih dahulu.

Kedua adalah kerana mereka tidak didedahkan dengan maklumat yang benar dan tepat. Kebanyakan masyarakat FELDA khususnya yang berada jauh dari kawasan yang lebih maju seperti bandar atau pekan hanya menerima maklumat dari surat khabar, televisyen dan radio yang dikawal oleh pihak pemerintah. Justeru itu apabila sesuatu perkara itu dilihat mengancam atau merugikan pihak pemerintah akan ditapis dan dibuang. Kebanyakan perkara diputar belit untuk mengelirukan pembaca dan pendengar. Malah sesuatu yang buruk akan dihias cantik untuk menutup keburukan yang ada.

Oleh yang demikian, peranan daie atau pendakwah amat diperlukan dalam usaha untuk menjernihkan kembali kekeruhan di dalam masyarakat FELDA. Program penerangan dan dakwah yang sistematik dan berhikmah hendaklah diselaras dengan berkesan serta memenuhi semua keperluan segenap lapisan masyarakat. Apabila kekusutan dalam mentafsir agama dan pengamalanya berterusan, insya allah segala masalah yang telah timbul dan mungkin akan timbul lagi akan dapat diselesaikan dan diatasi.

Pihak kerajaan sepatutnya memberi perhatian dalam pembinaan jati diri dan keutuhan agama dalam masyarakat yang berada di bawah salah satu agensinya. Bukan isu pemilikan tanah atau pembangunan prasarana dan binaan masjid atau surau yang menjadi isu di sini tetapi pengisian kerohanian dalam masyarakat itu sendiri. Masyarakat FELDA juga sepatutnya tidak disekat untuk mendapatkan sebarang maklumat dan informasi dari luar kawalan pihak kerajaan.

Parti-parti politik dan badan NGO juga perlu memainkan peranan yang lebih prograsif dalam mengisi kelompongan yang ditinggalkan oleh pihak berwajib dalam memberi kesedaran dan kepelbagaian sumber maklumat. Satu perancangan yang dirancang secara kolektif hendaklah difikirkan dan disepakati dalam usaha menyelamatkan masyarakat FELDA.

Thursday, 10 June 2010

Cuti-Cuti Malaysia: Johor-Melaka 2010

Salam.. Pekabo teman? Harap-harap sihat sejahtera.. Mie baru je balik dari cuti-cuti Malaysia dengan family. Saje dah lama tak jalan-jalan dengan family. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Banyak yang Mie dapat lihat, belajar dan berfikir, guna untuk jadi petunjuk di masa hadapan. Nantilah di lain masa Mie akan postkan pengalaman mi 2.. Hari ni nak upload gambar je dulu. Kalau berkesempatan baru post sal tu..hehe




Singgah makan tengahari dengan berbekal dari rumah di Tasik Sungai Besi, Kemaman.


Tu dia, pelbagai kraf tangan dan pasu menjadi daya tarikan di Ayer Hitam, Johor.


Kerepek ubi, pisang, keladi dan lain-lain amat popular di Ayer Hitam, Johor. Habis jenis Mie merasa kerepek yang dihulur peniaga..hehehe


Mak Mie rambang mata untuk memilih pasu yang nak dibeli. Hasilnya tiga buah pasu disapu dan diangkut ke Terengganu..hehe


Deretan kedai kain di Tangkak Johor menggamit mak Mie.. hehehe


Shoping kain kat Tangkak Johor. Mie serba salah nak beli atau tak untuk si Dia Mie sorang tu. huhu



Pintu masuk Kota A'Famosa. Mie bayangkan besar cam pintu gerbang. Rupa-rupanya kecil je..


Kubu asal yang dibina oleh Portugis apabila berjaya menawan Melaka daripada kesultanan Melayu Melaka.


Jam besar tempat tumpuan pelancong.


Beca berbunga. Siap dengan lagu lagi..hehehe


Ni kat kincir air zaman kesultanan melayu melaka.



Bergambar kenangan kat kapal pe tah namanya kat Muzium Samudera.


Malaysia memang indah. Cuma lagi indah apabila islam tertegak dan teguh memayungi segenap lapisan masyarakat.

Sunday, 6 June 2010

Cerita Beruk


Salam. Semalam aku berkesempatan menjejakkan kakiku ke sebuah program ceramah isu semasa. Aku tertarik dengan satu analogi yang digunakan oleh sang penceramah. Tajuknya adalah "Cerita Beruk".

Setelah seekor beruk telah mati ketika dalam perjalanan balik ke hutannya. Mayatnya ditanam oleh puak-puak beruk yang lain. Lalu datanglah malaikat untuk menjalankan soal di alam kubur. Oleh kerana di alam tersebut tidak lagi dapat menipu,akhirnya beruk tersebut mengaku telah melakukan dosa ketika hidupnya.

Malaikat: Hai beruk, apakah dosa kau ketika hidupmu di dunia?

Beruk: Aku telah berzina.

Malaikat: Apa, kau telah berzina?! Tahukah engkau itu merupakan satu dosa yang besar?

Beruk: Aku tidak mengetahui kerana ibu bapaku tidak pernah mengajarkan ku akan hukum halal dan haram ketika di dunia. Malah mereka tidak pula melarangku ketika aku melakukan dosa itu.

Setelah mendengar kenyataan beruk itu, maka malaikat pun memanggil ibu bapa beruk tersebut.

Malaikat: Hey ibu bapa beruk, kenapa kamu tidak mengajar anak mu ni akan hal-hal hukum hakam ketika hidup di dunia dahulu?

Ibu bapa beruk: Hoi, mengapa kami yang perlu mengajarnya? Kami telah menghantarnya ke sekolah, ke universiti beruk. Mengapa ustaz dan ustazah beruk tidak mengajarnya?

Setelah mendengar kenyataan ibu bapa beruk tersebut, maka dipanggil pula ustaz dan ustazah beruk.

Malaikat: Hey ustaz dan ustazah beruk, mengapa kamu tidak mengajar anak beruk kepada ibu bapa beruk ini akan hukum hakam agama ketika di dunia dulu?

Ustaz ustazah beruk: Kami telah mengajarnya namun hanya 10 jam je sebulan.

Malaikat: Mengapa sikit sangat tempohnya? Sedangkan subjek-subjek lain seperti matematik, sains dan bahasa inggeris kamu mengajar sehingga 30 jam sebulan?

Ustaz ustazah beruk: Manalah kami tahu. Kami hanya mengikut arahan dari kementerian beruk.

Setelah mendengar kenyataan ustaz dan ustazah beruk itu, maka malaikat pun memanggil menteri beruk yang memegang kementerian tersebut.

Malaikat: Hey menteri beruk, mengapa kamu memendekkan tempoh mengajar agama berbanding tempoh mengajar subjek-subjek lain? Tahukah kamu agama itu suatu yang penting?

Menteri beruk: Ikut suka akulah. Aku ni menteri. Malah masyarakat beruk dah memilih aku dalam pilihanraya. Kau tanyalah mengapa mereka memilih aku.

Setelah mendengar kenyataan menteri beruk itu, maka malaikat pun memanggil seluruh masyarakat beruk.

Malaikat: Hey masyarakat beruk. Tahukah kamu menteri yang kamu pilih ini telah meletakkan agama lebih rendah dari perkara lain di dunia dahulu? mengapa kamu mengundinya?

Masyarakat beruk: Manalah kami tahu dia akan berbuat demikian. Kami mengundinya kerana dia telah memberikan pembangunan, kemewahan dan kesenangan kepada kami.

Setelah diteliti segalanya, akhirnya seluruh masyarakat beruk dihumban ke dalam neraka. Hanya kerana satu dosa oleh seekor beruk, maka habis seluruh puak-puak beruk dihumban ke dalam neraka.


Moral Value: Sama tak masyarakat kita hari ini dengan masyarakat beruk dalam cerita tersebut? Adakah kesudahan kita sama seperti mereka? Renungkanlah..

Thursday, 3 June 2010

Zoom In: Bengkel Pengukuhan Program Semester 2, 2010

Salam.. Pada 1 Jun 2010, Persatuan Intelektual Mualim telah menjalankan satu bengkel iaitu Bengkel Pengukuhan Program di Dewan Peperiksaan IPGKB. Bengkel ini bertujuan untuk semua komponen di dalam organisasi menyiapkan kertas kerja dan pelan tindakan yang diperlukan untuk menjalankan program. Apa lagi, layan...

Semua peserta mengambil tempat.



Yang berbaju oren tu aku la..


Semua jawatankuasa bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan.


Masing-masing menjalankan tugas mengikut peranan masing-masing.


Penerangan secara lebih terperinci melalui perbincangan terus dengan komponen


Sempat lagi senyum..hihi



Dewan disusun semula selepas digunakan.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan bengkel ini. Segala penat lelah saudara saudari diharap akan mendapat balasan syurga di akhirat kelas. Sekian..

Dah Sedia Nak Pindah Tapi....


Salam teman-teman. Aku baru sahaja siap mengemas barang-barang untuk berpindah ke rumah sewa selepas nama aku telah naik untuk tinggal di luar. Semua barang dah siap kemas kecuali baju, makanan dan speaker gegar aku tu.. Tapi masalahnya, rumah sewa pun tak dapat lagi daa.. Ingat esok nak cuba cari kat kawasan-kawasan ni dengan keri. tengok la camne..Huhu

Rasa baru lagi masuk ke bilik ni, selepas ditukarkan dari bilik DC9. Namun hakikatnya aku akan pergi juga meninggalkan segala kenangan, ingatan dan bayangan semasa bermastautin di bilik ni. Insya allah kehidupan baru di alam rumah sewa akan datang membuka folder baru dalam memori ingatanku. Walau apapun, yang lama tetap dikenang jua.

~ Masa lepas adalah sejarah ~

~ Masa depan adalah impian ~

~ Masa kini adalah realiti ~