Thursday, 29 October 2009

Pilih: Antara Perjuangan Dan Keluarga


Salam.. Pekabo teman-teman? Aku harap sihat je.. Aku pun sihat je.. Cuma ari ni selsema sket.. Tapi bukan selsema babi er.. hihi..

Em minggu ni aku terpaksa membuat pilihan antara balik rumah untuk jenguk Tok atau bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan ke destinasi ilmu. Aku akui memang sukar dalam membuat pilihan ini.

Namun aku yakin, pilihan aku ini adalah pilihan yang terbaik. Sejak mula lagi aku telah faham dan tahu perjuangan ini menuntut pengorbanan yang bukan sahaja harta, masa malah turut seluruh kehidupan aku. Namun aku tidak menyesal. Kerana aku yakin ini lah jalan yang perlu aku lalui.

Jalan yang bukan mudah, bukan untuk bersuka-suka kerana ia tidak dihampar dengan permaidani merah tetapi punuh dengan duri-duri yang cukup berbisa. Insya allah aku cuba untuk menjadi pejuang yang terbaik. Aku juga berharap semua pengorbanan ini akan menjadi saksi di padang Mahsyar nanti bahawa aku berusaha untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini.

Sahabat-sahabat, teman-teman, doa'kn aku dalam perjalanan perjuangan ini. Sekian, Terima kasih.


Tuesday, 27 October 2009

Sekitar Sambutan Raya Aidilfitri Blok D 09

Salam.. Ni gambar-gambar time sambutan raya blok aku ari tu.. Pe lagi? layan...


Ni time masa nak siap-siap.. semangat tol dak-dak ni..

Tengok la hasil kekiatifan dak-dak lelaki.. hehehe



Camne, kacak tak aku? hahaha



Acara bermula dengan penuh grand.. hehehe



Amir: Ooo.. Sepak aku tadi ye.. Sengal punggung aku. Siap ko!
Hisham: Meh ler masuk kalau anok jatang! hip!



Kumpulan jejaka tak laku.. hahaha



Bergambar kenang-kenangan..



Kumpulan band yang tersesat.. hahaha

Sunday, 25 October 2009

Sweet? How's know?

Salam teman-teman.. Apa kabo sume? Harap-harap sihat je.. Aku kat sini pun sihat je.. Cume kadang-kadang sakit kepala sket.. Kawan cakap tu migrien.. Tah la aku.. Minggu ni aku agak kurang sibuk sebab kuliah banyak takde dan hal-hal persatuan dan jemaah agak kurang.. Masing-masing sibuk dengan tugas dan persediaan untuk peperiksaan dan bulan depan.. Aku lak study sket je.. huhuhuu...

Malam sabtu baru ni blok kolej kediaman aku ada buat sambutan raya Aidilfitri. Best jugak la dengan persiapan yang 'grand' dan sambutan yang hebat. Bermula dengan perarakan konvoi motosikal untuk menyambut Hj norizan, ketua warden kat sini.. Lepas tu ada kumpulan kompang lak. Mase ye berucap, ye cakap ye terharu la sebab ni first time ye dapat sambutan best camni.. Pastu ada persembahan silat, video dan kugiran. Seronok jugak la..

Semalam aku ke rumah Tikah gan dak-dak kelas aku.. Ye wak makan sket sebab besday anak sedara ye.. Memang full la aku semalam. Best tol makan masi kampit, puding, kek coklat, nasi gan lauk sup gear box, ayam goreng dan ayam kurma.. Huhu memang syok tol.. Dah la siang hari tu aku tak makan nasi. Makan kueh je 4-5 bijik sebab penat sangat urus kejohanan tenis gerko tenis aku tu.. Sebab tu la aku memang balun cukup-cukup.. hahaha

Semalam jugak dia sakit perut.. Kesian sangat aku dengar ye nangis tahan sakit.. Huhuhu... Memang betul la ye cakap, tu baru sakit perut, tak sakit nak bersalin lagi... Kalau tak, memang otak aku meletup la semalam.. Bimbang sangat-sangat.. Dah la ye sorang, tak nak cakap kat kawan-kawan ye.. Mintak g klinik pun xnak.. huhuhu.. Ye cakap mungkin sebab angin tapi aku bimbang jugak kot-kot ada bende xkene.. Yela, selalu sangat sakit perut dan kepala.. huhu.. Pe pn, aku doakan ye cepat sembuh dan selamat.. Exam pun dah tak lama dah, tanggal seminggu lebih je lagi.. huhuhu..

Malam ni genap seminggu tokki kembali kerahmatullah.. Aku masih lagi terbayang-bayang saat bersama-sama dengan ye time kecik-kecik dulu.. Ye memang sorang yang caring walaupun tegas.. Aku xleh lupa pandangan mata ye yang redup tetapi penuh makna tu.. Aku daoakan tokki aman di sana bersama-sama soleh-solihin, syuhadah dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. Amin..

Oklah, Take care.. salam

Aku Kehilangan


Salam.. Tanggal 19 Oktober 2009, aku kehilangan salah seorang insan tersayang, atuk aku.. Arwah meninggal kat Hospital Tengku Zahrah, Kuala Terengganu sal masalah saluran darah.. Semoga Rohnya ditempatkan bersama para soleh dan solehah di sana.. Amin.......

Thursday, 15 October 2009

Satu Perjuangan Pejuang Muda

Salam Kawan-kawan? Diharap sihat je hendaknya.. Aku pun sihat je.. hehe.. Minggu ni aku agak free la dengan kuliah tapi sibuk dengan menyuarat dan liqa dalam gerakan persatuan. Boleh dikatakan tiap-tiap malam aku ada meting.. huhu.. Tapi bagi aku, ni la peluang untuk aku perbaiki dan mantapkan diri.. Bukan kembangkan diri.. hahaha
Dalam minggu ni, aku banyak habiskan masa dengan merancang sistem struktur baru dalam menggerakkan jemaah. Sebab sekarang ni medan perang kami semakin besar dan agak kompleks iaitu dalam JPP dan insya allah dalam PPI. Jadi struktur RM perlu ditukar dan diselaraskan mengikut keperluan dan medan yang baru. Sistem yang aku buat tu agak detail dan memerlukan perhatian dari semua pihak. Alhamdulillah sistem tu dapat diterima teman-teman seperjuangan dengan sedikit perubahan.
Namun memang aku akui, aku agak terasa dengan segelintir teman-teman yang hanya tahu menerima dan mengkritik tanpa berfikir untuk sama-sama membantu. Yang membuatkan aku bengang! Tapi tu la, perjuangan ni tidak akan dibentangkan dengan permaidani merah tetapi penuh dengan duri-duri dan bad things. Aku harap aku dapat hadapi dengan penuh sabar dan sentiasa mendapat petunjuk dari Allah.. Amin......
Bagi diri aku, ni je peluang aku untuk berbakti dan menghulurkan bantuan dalam perjuangan ni. Bukan kerana ego atau kedekut tetapi dalam aspek ini sahaja aku agak mahir. Kalau nak bincang sal kitab-kitab, huhu mintak maaf, memang aku tak mengerti.. hehe.. Buku berlambak jugak beli tapi tak habis lagi.. Yang da habis pun tak hadam molek-molek.. Tapi aku minat.. hihi
Em day by day, I can say we become more friend and understand each other.. Yahooo!!!!! hihi.. Yup, aku senang dengan keadaan ini.. Boleh berbicara, bergurau dan apa saja tanpa rasa kekok. Cam semalam la.. Suka-suka je usik ye.. haha.. Tapi takut jugak ye anggap serius.. Takut jadi cam dulu, aku men-men je tapi ye anggap serius.. Tapi semalam ye cakap ok je.. Tah la.. Harap-harap betul-betul ok.. Suka bergurau gan dia.. Memang aku jenis suka bergurau pun.. Rase relek je dapat gelak-gelak, usik orang.. Rase hilang sket kepala, stress, amarah.. Cuma takut dia lak tak tahan kene usik.. hehe
em ok lah, aku nak buat keje lain lak ni.. Salam.. Take care.. Tata

Saturday, 10 October 2009

Jamuan Hari Raya Math 09

Salam... Pekabo kawan-kawan? Harap-harap sihat selalu.. Sekarang ni aku jarang dapat update blog aku.. Tahu-tahu jela tenet kat maktab aku cam tak makan nasik! Geram tol la aku... Ni gambar-gambar time jamuan hari raya dak-dak math kat maktab aku.. layan..............


Ya Allah... Bila la aku akan ada kekuatan untuk dakwah apek sorang ni.. Dia ni ex-tutor aku time foundation dulu.. Nice apek.. Hehehehe

Ni dak-dak laki math batch aku.. walaupun kelas tak sape tapi memang rapat ler...

Tengok, baju raye aku je len pada orang lain.. Maklum la miskin.. hakhakhakhak (^_^)




"Maafkan daku...", mohon romate aku.. Hahahahaha



Antara gambar terbaik pernah aku snap... hehehehe



Biler la acara bagi duit raya ni.. Lambat tolla.. Huhuhuhu




Last moment with my 'kakaks'.. hehehe.. Dorang ni akan abis study tahun ni.. Bulan 12 ni dah posting.. Huhuhu




Ni dak-dak pempuan math 2..




Sape Kak Ima? Yang suke makan la.. Hahahaha


p/s : Selamat Hari Raya Aidil Fitri Kepada Semua Math Crews!!!

Tuesday, 6 October 2009

Ketenangan Dalam Perhubungan...

Salam... Pekabo kawan-kawan? Harap-harap sihat je.. Aku pun sihat je.. Walaupun baru ni sakit tekak, lepas makan madu dua sudu semalam, da kurang da sakit tekak.. Alhamdulillah.. Tapi aku pun tak pasti madu tu asli atau tak.. Tapi ok la jugak.. ada kesannya..


Sejak raya ari tu, aku rasa hubungan aku tenang balik dengan si dia.. Kami dah cam kawan cam biasa balik dah.. Bermula beberapa siri mesej pada malam raya ke-2@ ke-3, kami cuba untuk melupakan semua yang menyerabutkan kepala. Biar lah yang lepas pergi. Lepas tu beraya ke rumah cikgu sama-sama dengan kawan-kawan.. Dah la terpakai baju yang sama warna lagi.. Warna merah.. Tah camne dari dulu lagi kalau jumpa mesti warna baju akan sama walaupun tak berpakat pun.. Mungkin petanda ada jodoh kot.. Hahahaha.. Pastu dia sudi menerima hadiah baju labuh yang aku berikan.. She likes the baju labuh.. Pandai ko pilih er Fahmi.. hehehe.. Dan seterus-terusnya.. Kalau sebelum ni cam agak tegang la.. Tah mengapa.. Tapi yang pasti kami masih belum matang.. Masih perlu belajar untuk memahami each other..


Cuma yang pasti sekarang, aku dapat balik sahabat baik aku.. Syukur yang amat sangat, kami selesa berhubung antara satu sama lain, walaupun bukan atas nama sepasang kekasih.. Aku bahagia dengan keadaan ni.. Cuma masing-masing masih perlu menjaga hati masing-masing.. Lebih-lebih lagi aku.. Hahahahaha... Yela... Iman xseberapa sangat kuat.. Aku takut, hati aku jadi lain.. Oleh itu, aku kene kawal la dari selalu sangat berhubung dengan si dia.. Aku akui, setiap kali aku bercakap, apabila namanya terpampan di skrin hp, hati aku masih lagi berdebar seperti pertama kali aku mendapat mesej darinya, pertama kali aku mendapat call darinya.. Tah pe ayat dia baca.. haha.. So, aku kene kawal la..


Minggu ni aku ada exam untuk tiga kertas.. ELP, NL dan LB.. Tapi ni pun tak study lagi.. Adoi.. Huhuhu.. Tapi insya allah sempat lagi..


Sekarang ni aku dalam proses nak bina sistem baru untuk RM.. Sebab sekarang ni medan perperangan kami semakin membesar dalam JPP dan jugak dalam IPGMKB khususnya.. Insya Allah lepas exm nanti aku akan mula membuat sistem tu.. Namun aku masih lagi tidak pasti bagaimana jalan yang terbaik untuk membuatnya. Sebab sekarang ni sahabat-sahabat aku masih tidak nampak apa yang aku fikirkan. Bukan kerana nak membesarkan diri tapi matlamat aku bukan hanya fokus kepada biro kerohanian dalam JPP tapi keseluruhan medan yang ada dan akan diwujudkan. Untuk menguasai setiap elemen yang boleh menawan IPGMKB, pada pendapat aku, kita perlu menguasai Biro kerohanian, Biro kebajikan, Biro kesenian dan Biro sukan di dalam JPP. Kita juga perlu bersedia untuk Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI). Jadi, sistem baru mestilah mampu mengawal dan berperanan dalam setiap medan yang ada agar setiap kompenen dapat digunakan dengan semaksimum mungkin.


Sekarang bukan masa untuk kita memikirkan aspek kepimpinan tetapi kelengkapan tentera-tentera kita, kemahiran-kemahiran jundi-jundi yang ada dan kepakaran-keparan khas yang perlu untuk bekerja dengan baik dan cemerlang. Ini pendapat aku tetapi sahabat-sahabat ku masih tidak dapat menerimanya dan masih mempertahankan perlu fokus dahulu kepada biro kerohanian. Aku mengerti fokus utama kita adalah biro kerohanian tetapi bagi diriku, dengan kekuatan yang ada dan peluang untuk membentuk ketumbukan yang baru, aku yakin kita mampu untuk melakukannya.. Sebab aku percaya, kemenangan islam pasti akan berlaku. Hanya masa dan ketentuan ilahi yang akan menentukannya. Kita sebagai pejuang perlu berjuang bersungguh-sungguh dengan strategi yang tepat serta sesuai dengan keadaan dan peluang yang ada.


okla, tenet cam taik da ni.. tata

Thursday, 1 October 2009

Dah Nak Balik Mesir... Huhuhu


Salam.. Tinggal dua hari je lagi adik aku nak balik Mesir balik sambung belajar.. Sekejap je cuti 3 bulan.. Kejap je jumpa.. Tapi takpe la.. Insya Allah tahun depan boleh jumpa lagi.. Abang doakan Nuha selamat kat sana.. Jaga diri molek-molek..