Friday, 28 August 2009

Hampir Satu Minggu Dalam Ramadan 2009...

Salam.. Pekabo teman-teman? Harap sihat je dalam bulan y penuh dengan rahmat ni.. Hihi.. Masuk hari ni, dah hampir enam hari umat islam berada dalam bulan ramadan.. Bulan yang penuh dengan rahmat, keampunan dan hidayah dari Allah.. Cuma atas kita lak, camne kita jalani hidup dalam bulan yang Allah sedia'kn hanya kepada umat Nabi Muhammad SAW je..
Namun ramai yang masih lena dengan kehidupan dunia, walhal sudah hampir satu minggu ramadan telah meninggalkan kita. Termasuklah aku ni.. Dalam enam hari ni, aku banyak bizi dengan tengok tv, tido, buat assignment, jalan-jalan.. Huhu.. Camne la aku ni.. Huhuhu.. Pe pun, aku azam nak isi tiga minggu lagi yang ada ni, untuk tambah iman, pahala aku lagi.. Insya Allah...
Em, rawatan hati aku masih dalam pemantauan.. Sebab tak sembuh 100% lagi.. Mungkin takkan sembuh sampai bila-bila.. Ada parut, kesan jahitan, komposisi hati yang berubah, tapi oklah.. Dah boleh fikir dengan waras sket, rasional sket, dada pun dah lapang sket, takde lah sesak sangat macam baru ni.. Hihihi.. Tu la Fahmi.. Kasih, sayang, kejujuran, pengorbanan bukan kunci kepada cinta yang kita impikan.. Takpelah Fahmi.. Hikmahnya, satu pengalaman baru, pengajaran baru dalam kita mencari kebahagaian.. Terus berdoa, semoga Allah tunjuk'kn jalan yang terbaik..Dan jangan lupa! Take note pe yang jadi ni, buat pengajaran untuk perjalanan hidup yang sedang ditempuh, dan akan ditempuh, ok?
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Hatiku : Hmm.. Maafkan aku Fahmi, mungkin aku dah dikoyak rabak, disiat-siat sampai nyawa-nyawa ikan tapi aku tetap miliknya. Aku tak sanggup untuk berpisah dengannya. Kerana aku dah berjanji, berazam untuk dimilikinya.. Azamku untuk menjaganya, melindunginya.. Sampai aku tutup mata..
++ Habis bagaimana jika dia menolak mu? Meninggal mu? Menggantikan tempat mu dengan hati yang lain?
Hatiku : Aku hanya mampu berserah kepada Allah.. Hanya padaNya lah tempat aku memohon, mengadu, berharap.. Hanya dengan kuasanya, yang akan menentukan sama ada aku akan terus menjadi miliknya atau aku akan dibuang, ditinggalkan..
++ Habis sekarang? pe cite?
Hatiku : Biar aku bebas mencari kekuatan, hidayah dan petunjuk dari Allah untuk membersih kotoran-kotoran dosa yang bertompok-tompok ini.. Semoga suatu hari nanti, jika dia terbuka untuk memiliki ku, biarlah aku dalam keadaan yang bersih, suci.. Jika dia menolakku, biarlah aku bersedia menghadapinya.. Insya Allah..
++ Hmm.. Teruskan niat mu, kerana engkaulah yang mengawal ku.. Jika engkau kuat, maka kuatlah aku. Jika sebaliknya, aku juga sedemikian.. Aku akan cuba menjadi bahtera mu.. Aku punya mata untuk penglihatan, telinga untuk mendengar, mulut untuk berbicara dan otak untuk berfikir. Malah kita juga ada senjata, iaitu AKAL, yang boleh menjadi kompas dan penunjuk arah dalam pelayaran kita.. Insya Allah..
>>> hihi... Tu lah dialog aku antara hatiku dan tubuh badanku pada satu dinihari selepas sahur.. Hahaha.. Satu proses untuk memujuk hatiku untuk kembali kuat, tabah dalam hadapi gelora kehidupan ini...
Oklah, da lewat ni, Selamat Kembali Pulih Fahmi.. Bersedialah untuk satu pelayaran baru yang menggunakan bahtera yang kita tinggal dulu, yang hanya ada mu dan diri mu.. No one will join us, no one any more!

Sunday, 23 August 2009

Ya Allah.... Tabahkan Hatiku...

Salam sahabat-sahabat, teman-teman...
Mohon doa'kn semoga diriku kuat dan tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan yang datang ini..
Syukran..

Ya Allah...
Kuatkan Hatiku,
Tabahkan Hatiku,
Kentalkan Imanku,
Lapangkan Dadaku,
Tenangkan Jiwaku...

Berikanlah Aku Petunjuk Mu,
Hanya Engkau Tempat ku Mengadu,
Kerana Aku Hanyalah Hamba Mu yang Lemah...

Tunjukkan Aku Jalan Yang Diredhai Mu,
Aku Pasrah Dengan Ketentuan Mu,
Kerana Engkau Sang Pencipta ku...
Aku Hanya Mampu Menangis,
Di Dalam Hati Luka ku..

Thursday, 20 August 2009

Yes! Da Abis SBE!!

Salam... Minggu ni aku SBE kat Sek. Keb. Kompleks Gong Badak selama lima hari bermula hari ahad hingga khamis. Kat situ aku SBE dengan Shima, ehem-ehem2 umar tu.. Dan dua orang kawan baru, Farahana dan Diana dari IPTAA. Dua-dua dak math.. Adoi.. Aku jugak sorang laki.. huhuhu.. Farahana ni anak kawan mak aku, Ust Faizah.. Dia sempat la ngajo aku mase kat smkbt sebulan.. Lepas tu aku pindah ke smkatj..Diana tu lak orang Perak, kawan Farahana..
SBE kat sini ok la jugak.. Sekolah ni gred A. Terletak di kawasan perumahan dan perindustrian.. Tapi fizikal sekolah ni xdelah molek sangat. Kebersihan pun kurang. Mungkin sebab murid-murid yang ramai. Aku rasa baik Sek. Keb. Sukit Tumbuh dulu.. Pe pn, ia adalah pengalaman baru bagi aku.
SBE kali ni aku kene relief kelas. Tiap-tiap ari lak tu. Tapi ok lah, at least aku boleh belajar camne nak handle kelas. Dari pengalaman seminggu ni, aku leh rumuskan, kalau masuk kelas baru, first kene buat cam garang dulu. Baru dorang respek. Lepas dah lama sket, boleh la nak gurau-gurau sket.. Bagi aku, ku lebih suka budak-budak kelas hujung, best ajar dorang walaupun suah la sket nak kawal. Tapi bila jumpa kat mana-mana riuh la dorang dok panggil nama aku.. hahaha
Paling terharu, masa nak balik hari last, ad sorang budak laki kelas aku aku relief. Mula-mula ye lalu depan aku, pastu ye pun ptah balik, tanya aku ari ni ari last. Ye pun hulurkan salam. hihi.. Kenangan yang paling manis kat sekolah tu..
oklah, salam..

Monday, 10 August 2009

Huhu Penatnya...

Salam... Pekabo sume? Senyap je. Tah ad xorang jumpe blog ni.. Hahaha.. Minggu ni aku agak sibuk dengan banyak hal yang tak sudah-sudah.. Huhuhu.. Assignment la, RM la.. Tambah lak aku seminggu dua ni rase lemah badan je.. Fizikal dan mental. Sakit kepala ni tak nak henti-henti lagi. Tapi syukur jugak, sakit pun slow2 je.. Alhamdulillah.. Ad kwn ckp, ni cam migren. Tapi aku pun xpasti. Mental aku lak rase lembab je.. Malas nak fikir jauh-jauh, banyak-banyak. Maybe otak aku nak bagi isyarat mintak rehat kot.. Hehehe..Tah pela nak jadi kat aku.
Em minggu ni aku jadi saksi untuk satu ikatan baitul muslim untuk kawan aku. Dua-dua aku kenal sangat dah. Memang secocok la.. Dorang buat perbincangan dan perjanjian untuk masa depan dorang. Tujuan utama, untuk elakkan zina hati.. Yela, masing-masing muda lagi. Ni pulak baru lagi berhubungan. So kene jaga la..
Terkenang pulak aku kat si dia.. Tah camne la aku gan si dia. Pagi tadi dah gaduh dah.. Hahaha.. Tapi aku sabo jela.. Aku tak suka sangat, ye bagi pilihan yang dia atau aku bagi maklumat ye kat sahabat aku kt sana.. Tak perlu la buat camtu.. Dan jugak still tak percayakan aku.. Tapi.. Aku tak salahkan ye.. Memang orang susah nak percayakan aku.. Bukan dia sorang.. Salah aku jugak, tanya dia time ye pun tengah serabut ni.. Huhuhu.. Mi mintak maaf sangat..
Oklah, aku nak sambung kerja ni. Take care.. Salam..

Sunday, 2 August 2009

Bila Difikirkan Kembali, Aku memang tidak layak untuk Itu.....

Salam... Pekabo semua? Harap-harap semua sihat.. Amin.. Minggu ni aku xdela bz sangat.. Cume dah mula buat assignment.. hehe
Dalam aku meniti-niti detik hidupku minggu ni, si dia hadir untuk membincangkan sesuatu pasal satu group kat U ye n ye nak join. Dah lama tak cakap lama-lama gan ye. Cakap sal tempat baru ye, family ye, dan macam-macam lagi la. Namun bagi aku, bukan itu yang menjadi sebab aku boleh tersenyum, tapi disebabkan dia dah makin kuat dan tabah berbanding dahulu. Dan jugak, kami boleh terus berhubung, berborak walaupun tanpa perhubungan yang kami lalui dulu. Aku berharap tiada lagi perhubungan sebegitu dalam hidupku. Cukup kesal. Tapi sekarang alhamdulillah, kami sudah faham dan masing-masing sedang cuba menjadi lebih baik hari ini berbanding semalam, sebagai persediaan hari esok. Semoga hari esok akan lebih bersinar.
Em, dari sehari ke sehari, masa berlalu dengan kita sebagai pena yang mencoret catatan di kertas masa. Dalam sehari ke sehari jugak, aku makin belajar dan cuba untuk berusaha bagaimana untuk menjadi pengikut dan pemimpin yang baik. Di kala ini, RM sedang meniti proses pembinaan dan pembaikian dari jurutera tidak bertauliah seperti aku. hehe.
YUP! jurutera yang tidak bertauliah. Aku bukan lahir dari keluarga kepimpinan. dari keluarga yang hebat dalam perjuangan, dan bukan jugak dari sistem pentarbiahan yang jitu dan padu dengan tamrin, kursus, seminar, bengkel seperti sahabat-sahabatku yang lain seperti k ida, k ana, gg, aiman, duki dan sebagainya. Fasih berbahasa istilah dan coretan-coretan tokoh tersohor. Personaliti dan pemikiranku lahir daripada pengalaman, pemerhatian, dan penilaian yang aku buat sendiri, dalam aku meniti hidup 20 tahun ini. Jika dibandingkan dengan sahabat-sahabatku yang lain, entah di mana tempatku. Tanpa asas jati diri yang kukuh, tanpa rujukan dan ilmu yang sempurna, tidak pernah mengenali mana-mana pejuang-pejuang yang sedang atau telah bersinar di seantero dunia. Namun aku cuba juga untuk cuba berbakti, cuba menempatkan diriku dalam kalangan pejuang-pejuang lain agar aku dapat menjalankan tanggungjawabku sebagaimana yang difardukan oleh Yang Maha Agung iaitu melakukan amal makruf dan mencegah kemungkaran. Aku cintakan itu.
Namun aku juga sedar, aku bukanlah pejuang yang lahir dari sistem-sistem yang telah melahirkan ramai pejuang-pejuang agung. Malah jika diteliti, aku sebenarnya bukan seorang pejuang. Hanya sekadar sebatang tubuh yang agak besar yang datang ke medan perjuangan ini tanpa sebarang senjata. Tapi jiwaku juga melonjak-lonjak memberontak, aku mesti sertai perjuangan ini. Walaupun hanya sekadar dengan tangan mu yang lemah itu. YUP, aku sahut itu! Bersemangat mengorak langkah, sama-sama maju, mara ke hadapan.
Tetapi kau jangan lupa wahai Fahmi, hakikat engkau bukan seorang pejuang yang lahir dengan sistem yang jernih, bersih dan sama dengan pejuang-pejuang lain!
Aku mengerti itu... Dan aku sedar, aku tidak layak untuk bergelar pejuang, untuk bergelar ahli jemaah yang memperjuangkan islam yang syumul, yang mulia ini. Seperti teman seperjuanganku ucapkan tempoh hari, aku tidak layak untuk ini. Aku amat mengerti...
Kepada sahabat seperjuanganku, terima kasih kerana mengingatkanku akan hakikat ini. Amat terima kasih.